Hulubalang Melayu

Hulubalang Melayu

Tuesday, August 2, 2011

SEJARAH & FADHILAT AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.


Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Lokasi Bahtera Nabi Nuh bukan di MT Arafat

"Penyelidikkan bahtera nuh semuanya dilakukan oleh sarjana barat berdasarkan bible. Bible menyebut Ararat tetapi al-Quran menyebut Judi. Adakah mereka gunung yg sama ?

Contoh kayu yg diambil drpd bahtera di Ararat baru berusia 1400 tahun dan pendedahan saintis HongKong menyatakan bahtera Nuh yg ditemui di Turki tersebut adalah palsu.

Kenapa saintis barat beriya –riya mahu mengajak masyarakat dunia mempercayai yg terdapat di Turki itu Bahtera Nuh sedangkan pada waktu yg sama mereka masih mencari di tempat lain bahtera yg sebenar ?

Hal yg sama berlaku kepada lokasi sebenar Mt Sinai. Jabal al-Lawz merupakan lokasi sebenar Mount Sinai terletak di daerah Midian Arab Saudi, disembunyikan dari pengetahuan umum. Kenapa kedua tempat tersebut perlu disembunyikan dari pengetahuan umum terutamanya Islam ?

Kerana kedua tempat di atas berkait rapat dengan masa depan iaitu dengan kebangkitan Islam.

- Mt Sinai merupakan tempat dimana Nabi Isa membawa manusia berlindung dari kejahatan Yaajud Maajud. Mereka berfikir dengan menyembunyikan lokasi sebenar Mt Sinai maka Yaajud Maajud akan berjaya membunuh semua muslimin termasuk Nabi Isa akibat melarikan diri di tempat yg bukan Sinai sebenarnya.

- Tempat dimana mendaratnya bahtera Nuh, Bukit Judi merupakan tempat pentunjuk arah yg akan bangkitnya seorang Pejuang Islam di akhir zaman dan tempat yg banyak menyimpan khazanah galian untuk bekalan umat Islam memerintah dunia kemudian hari.

Malangnya tiada sarjana Islam mengkaji lokasi sebenar Bukit Judi tersebut sedangkan semua sumber adalah berdasarkan sarjana Barat yg penuh tipu helah. Mereka sudah membuat kajian sejak tahun 1300 lagi. Mereka sudah ada jawapannya tetapi mereka menyembunyikan fakta sebenar.

Kajian boleh dimulakan dengan mengkaji persoalan berikut :

  1. Mengapakah Rasulullah menyuruh keturunannya(Bani Hashim) pergi ketempat yg bernama Samudra (Satu tempat di daerah Nusantara) untuk mengelakkan mereka di bunuh/buru puak kafir.

2.Apakah motif Barat yg di ketuai British melakukan penjajahan di Nusantara. Mereka berbohong di atas alasan ekonomi tetapi sebenarnya :

2.1 mereka mencari dan membunuh keturunan Bani Hashim/Tamim di seluruh Nusantara yg kelak akan mengetuai gerakan Islam se-dunia di dalam perang dunia 3. Sebab itulah British bersungguh-sungguh memerangi pejuang seperti Datuk MaharajaLela, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut dan membunuh ribuan alim ulama di seluruh Nusantara dan sesiapa sahaja yg disyaki Bani Hashim/Tamim.

2.2 mereka cuba mencari kedudukan sebenar Bukit Judi yg merupakan pentunjuk yg jelas tempat yg akan lahirnya pejuang Islam. Tetapi mereka tertipu dgn menganggap Mount OPHIR (Gunung Ledang) sebagai Bukit Judi.

3.Mengapa semua Kerajaan Khalifah Islam berjaya di musnahkan dan berjaya di tukarkan sepenuhnya kepada sistem Republik(sistem Dajjal) termasuk Othmaniah oleh British/Barat kecuali Nusantara (Brunei/Malaysia). Sistem khalifah di Arab Saudi pun, khalifah telah diganti dgn Raja Saud yg bukan dari keturunan Bani Hashim dgn menidakkan Syarif Mekah.

4.UMNO-parti peninggalan British, sejak dari zaman Mahathir bercita-cita mahu bertukar ke sistem Republik tetapi hanya setakat berjaya mengurangkan kuasa Sultan dan kini Rosmah/Najib mahu mencuba lagi dgn membiasakan masyarakat mengelarkan dirinya fisrst lady. Tetapi ketentuan Tuhan, mereka akan gagal.

5.Ketika era Dinasti Ming – mengapa maharaja menyerah surat watikah kepada cucunya untuk sebarkan Islam di satu tempat di wilayah Nusantara.

6.Semenanjung Melaka ( nama sebenar Tanah Melayu sebelum ditukar British, dan Malaysia oleh Amerika) kaya dgn galian digelar semenanjung emas merupakan tempat Nabi Sulaiman dan Iskandar Zulkarnain datang mencari emas dan galian terutama bijih besi. Bukankah khazanah ini penting untuk sesuatu pemerintahan.

7.Hadis-hadis perihal kebangkitan pemuda dari timur (Afghanistan atau Nusantara)

A.Daripada Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali; baginda berkata: "Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi." (Hadis riwayat At Tabrani)

B. Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiklah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji. (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)


Kenapa tidak mahu mengkaji bahtera Nuh dari sudut Islam.?Bukankah Jibrail diutuskan utk mengajar Nabi Nuh membina kapal?Bukankah Nabi Nuh disuruh memotong 124000 keping papan dan Jibrail akan menulis nama nama nabi bermula dari Nabi Adam hingga ke Nabi Muhammad? Begitu juga dengan paku paku yg terdapat nama nama nabi? Adakah bahtera Nuh Ararat terdapat ciri-ciri yg tersebut?

3:54. Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya. (Surat Al – Imron Ayat 51 S.d 60)

__._,_.___