Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Mengapa 10 Kotak Tulang Rangka Orang Purba Kita Di Bawa Ke London Tahun 50-an Dan Disimpan di University Of Cambridge?

Tajuk : Mengapa 10 Kotak Tulang Rangka Orang Purba Kita Di Bawa Ke London Tahun 50-an Dan Disimpan di University Of Cambridge? Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta. Artikel yang ingin saya tulis kali ini adalah berkaitan dengan negeri kelahiran saya iaitu Kelantan atau sebuah negeri yang dulunya pernah diberikan nama Kalathana atau Medang Gana. Negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga (Valley of Flower Garden Land) juga adalah nama sebutannya.Nama Negeri Kelantan Serambi Mekah juga adalah sangat popular dan menjadi sebutan dizaman Tok Kenali. Mari kita jejaki sedikit catatan lama sejarah berkaitan dengan nama negeri ini.Berikut adalah beberapa catatan yang saya ambil dari artikel-artikel saya yang terdahulu: [1. Berdasarkan catatan Claudius Ptolemy, ahli bumi dan ilmu falak berkebangsaan Yunani, dalam bukunya Geography of Eastern Asia yang ditulis pada abad ke-2 M, disebutkan nama tiga buah tempat, yaitu “Kole Polis”, “Primula”, dan “Tharra” yang terletak di pantai timur Semenan
PIRAMID BERASAL DARI NUSANTARA? Salam. Sebelum saya meneruskan topik diatas saya ingin menyampaikan kekesalan saya terhadap beberapa pihak terutama Kerajaan, Universiti-Universiti tempatan, ahli-ahli sejarah dan yang penting ahli-ahli arkeologi di Malaysia. Apakah yang dilakukan oleh ahli-ahli arkeologi di Malaysia? Mengapa perkembangan kajian mereka begitu lembab berbanding dengan rakan se bidang mereka di negara- negara jiran? Saya pernah bertanya soalan ini dengan Professor saya dahulu, beliau menjawab bahawa ini semua kerana kurangnya support dari kerajaan. Sampai bila mereka hendak duduk menggali di tempat yang sama? Balik-balik lembah Bujang sahaja yang digali cari sedangkan banyak lagi tapak-tapak lain yang tidak kurang hebatnya ada di seluruh hutan belantara Negara ini. Jika mereka masih berada di bawah tempurung dan sentiasa mengharapkan bantuan kerajaan dalam segala hal saya rasa rahsia-rahsia besar ketamadunan Melayu
The Great Malay City States Kekayaan Malay city states hasil manfaat Selat Melaka Beberapa catatan pengembara Eropah mengenai Melaka: “Malacca is such importance and profit, that is has no equal in the world . It is a city state made for merchandise, fitter than any other in the world ..” – Tom Pires. “Melaka adalah satu kepentingan dan tempat mencipta keuntungan yang tidak ada tempat yang sama dengannya di dunia . Ia adalah sebuah negara kota yang dibangunkan untuk perdagangan, lebih maju berbanding tempat-tempat lain di dunia .. " - Tom Pires. --- “Malacca is the richest seaport with the greatest number of wholesale merchants and abundance of shipping that can be found in the whole world ..” – Duarte Barbosa. “Melaka adalah pelabuhan terkaya dengan bilangan peniaga borong paling banyak dan tempat persinggahan perkapalan yang datang dari serata dunia ..” - Duarte Barbosa. --- M elaka sudah lama menjadi sebutan di seluruh

Kisahnya

Misteri Danau Tok Uban dan Kisah Bukit Panau digg Assalamualaikum. Kalau hendak dihitung memang tak terkira banyaknya tempat-tempat misteri di negara kita. Selalunya sesuatu yang misteri itu dianggap sebagai tahyul dan hanya rekaan semata-mata atas sebab tertentu. Contohnya cerita-cerita berkaitan dengan hantu ataupun pantang larang orang tua-tua. Ianya tak lari daripada tujuan yang baik tetapi dengan cara yang menakut-nakutkan orang. Itu cara orang dulu-dulu. Tapi tidak semua yang misteri itu adalah tahyul. Kita kena akui ada perkara yang di luar tahap pemikiran logik kita walaupun ianya susah untuk diterima. Hanya orang yang ‘terpilih’ saja yang boleh ‘merasa’ kemisterian sesuatu tempat atau perkara berdasarkan anugerah daripada Allah s.w.t. Bagi aku yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dalam diri ni hanyalah sekadar berminat untuk mengorek cerita dan untuk mengetahui sejarahnya serta apa rahsia yang terdapat di suatu tempat tersebut. Salah sat
Merdekalah Jiwa Bangsaku Tajuk : Merdekalah Jiwa Bangsaku!  Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.  Kesultanan Melayu Melaka yang gah selama 110 tahun musnah dan tumbang dalam masa 10 hari saja oleh Portugis. Selepas itu kita dijajah oleh kuasa-kuasa asing silih berganti. Sifat mementingkan diri sendiri, dengki khianat dan perpecahan sesama sendiri adalah punca kelemahan dan jatuhnya Empayar Melayu.  Kuasa-kuasa asing dari dulu hingga kini amat mengidam untuk menakluki tanah melayu, kerana bumi yang kita pijak ini kaya dengan emas, bijih timah, bijih besi dan subur untuk tanaman getah, kelapa sawit dan sebagainya.  Oleh kerana bimbang kuasa raja dan orang melayu hilang, pada tahun 1909 raja-raja melayu telah mencadangkan kepada British agar ditubuhkan satu pasukan tentera yang terdiri dari orang-orang melayu.Untuk mengambil hati raja-raja melayu, maka pihak British bersetuju menubuhkan Rejimen Askar Melayu pada 1 Febuari 1933, itupun selepas mengambil ma