Skip to main content

Melayu itu leluhur semua bangsa!

Ada yang tertanya kenapa saya berbalik kepada posting arkeologi--genetik- sejarah-budaya-Melayu sekarang.

Penemuan oleh Team Arkeologi USM
Sebenarnya saya sudah jelak dengan serangan demi serangan ke atas bangsa Melayu . Terkini bila serangan kaum pendatang ke atas "Melayu sebagai Pendatang" dapat dipatahkan melalui penemuan arkeologi di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak yang menunjukkan penempatan manusia tertua berada di Malaysia (dan tentunya Melayu adalah BANGSA yang mendiami kawasan penempatan tertua yang civilised-melalui penemuan kapak genggam, bengkel kimpalan besi dan bukti pertanian- PENANAMAN PADI bermula di Lenggong, Perak ) serangan ditujukan pula ke atas Sejarah Melayu...kononnya seorang professor yang banyak mengkaji Melayu  mengatakan Hang Tuah tak wujud!Tahniah saay ucapakan kepada Team Dr Mohktar dan pelajar pasca siswazah dari USM.

Kajian Genetik, Arkeology, Geology dan Lingua oleh Dr Oppheimer (Oxford University) 
Malah Dr Stephen Oppheimer Pakar Genetik University Oxford mendedahkan "Peradaban agrikultur Indonesia dan Malaysia lebih dulu ada dari peradaban agrikultur lain di dunia," dengan tapak penanaman padi tertua di dunia ditemui di tepi tasek purba Lenggong, Perak!
Kapak gengga,m bukti tamadun manusia sudah ada di Lenggong 1.8 billion tahun dulu

Team pengkaji arkeologi Bukit Bunuh Dr Mokhtar dan pelajar pasca siswazah

Artikel saya berkenaan Penempatan Tertua BERTAMADUN manusia di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak dan Teori Migrasi Manusia Moden dari Sundaland yang berpendapat melalui kajian GENETIK, ARKEOLOGI, GEOLOGI dan LINGUA bahwa manusia moden berasal dari Nusantara di sini melayu-bukan-pendatang,  melayu-bukan-pendatang-bahagian-2.atlantis-yang-tenggelam-berada-di Nusantara.
Teori Migrasi Manusia Moden dari Sundaland

Kita didedahkan bahawa kajian selama 15 tahun di Nusantara oleh team Dr Oppheimer membuktikan bahawa "penemuan genetik dan kajian geology seperti memutarbalik sejarah yang sudah ada. Dr Oppheimer mengungkap  catatan perjalanan penelitian genetis populasi di dunia, ia mengungkapkan bahwa peradaban yang ada sesungguhnya berasal dari Timur, khususnya Asia Tenggara"

Dr Oppheimer dan Dr Santos bersetuju bahawa peradaban tinggi zaman dulu berada di sini melalui Seminar Atlantis berada di Timur (kepingan plat tektonik Sunda-atau Sundaland) Atlantis is Sundaland pada 25-27 November 2010 di Hotel Salak Bogor, Indonesia.

Konvensyen Asal Usul Melayu

Dan beberapa hari lepas di PWTC Timbalan Perdana Menteri merasmikan Seminar di mana dapatan kajian mengesahkan Melayu itu Leluhur semua bangsa di dunia melalui Teori Migrasi Manusia dari Sundaland konvensyen-asal-usul-melayu-induknya-di Nusantara. Dapatan Dr Opphenheimer, Dr Santos dan team pengkaji tempatan USM  ini diperakui oleh Dr Zafarina  Zainuddin (USM):


"Kita berpegang kepada agama Islam, manusia berasal daripada Nabi Adam. Tidak! Melayu tidak berasal daripada Afrika, tetapi teori penghijrahan yang berlaku dan kajian DNA yang telah dijalankan menunjukkan bahawa induk kepada bangsa yang terdapat di Alam Melayu adalah daripada golongan yang disebut tadi (evolusi puluhan ribu tahun). Memanglah pada asalnya tiada nama Melayu itu kerana ia datangnya kemudian"

Catatan Ptolemy dan Bangsa Mala di Konkanegara/Gangganegara di Beruas, Perak(Kurun Masehi ke 2)
Satu masa dulu bumi Bangsa Mala ini dikenali sehingga dinamakan Semenanjung Emas-Dari catatan Ptolemy,  seorang ahli ilmu falak dan kajibintang bangsa Greek,(Abad Ke 2 Masehi)  telah memberitakan bahawa ada sebuah kawasan Khrysonas @ “Golden Chersonese”, iaitu yang telah dikenalpasti dewasa ini sebagai Semenanjung Tanah Melayu. Pendapat para sejarawan dan juru-juru pengkaji ilmu alam bersetuju tentang perkenalan itu; kerana nama tersebut telah diperkuatkan atas adanya pula suatu tapak kawasan di dalamnya yang disebut ‘Ta-mala’ oleh Ptolemy, yang tanpa kita memperhujah dengan panjang lebar di sini, ialah daripada pemendekkan perkataan Melayu-Pallava iaitu ‘ Tana -Malai ’ = Tanah Melayu = kawasan sekitaran Melaka. Terletak ke utara kawasan Ta-mala (di Semenanjung) itu ada sebuah kawasan yang disebut oleh Ptolemy sebagai ‘ARGUSA ’. Mengikut kajian J.F.A. McNair yang terkandung di dalam naskhah ‘Perak and the Malays’, beliau telah berkesimpulan “....the state of Perak was probably Ptolem

Peta lama British kewujudan Pelabuhan Dindings. Pelabuhan dan muara sungai Dinding sudah tohor kerana pemendapan lumpur.
Burung Merak (Burung Kuang) 

 

Kita memahami bahawa pada awal abad ke 2 masihi, tidak ada lagi timbulnya sebutan sesuatu ‘Negeri Perak’. Yang seharusnya ketara ialah Argusa itu mungkinlah yang diertikan oleh pelayar-pelayar Kelingga sebagai "Mayuridingam ”, di mana telah terbangunnya sebuah pelabuhan yang dinamakan Gangganagara, iaitu ‘Konkonagara ’ oleh Ptolemy; maka logikanya kalau benar, ialah Argusa = Mayuridingam.

Apakala kita menyelami perkataan ARGUSA, sudah ketara bagi pakar-pakar mergastua, ia adalah dalam pengertian segolongan jenis beburung (Latin) Argus Pheasianidae = jenis (spesis) burung Kuang @ (Inggeris) ARGUS PHEASANT. Kuang itu adalah burung Merak . Rujukan Engkukobatsalehuddin.


Burung Argusa atau Kuang yang juga nama lain bagi Merak banyak didapati di GanggaNegara(Bruas)


Nah jika pada 1.8 billion tahun dulu telah wujud satu penempatan manusia moden yang bercucuk tanam padi di tepi tasek purba di Lenggong Perak, dan nama Gangga Negara telah ada dalam catatan Ptolemy pada 2 Masehi (kerana terdapat pelabuhan di tempat bernama GanggaNegara), tentulah manusia juga sudah belajar seni mempertahankan diri. Sama ada lagenda atau tidak, Bangsa yang mendiami Tana-Malai bukanlah bangsa  pendatang, kewujudan mereka tercatat dalam annal sejarah negara lain  dan pahlawan mereka yang mahir seni mempertahankan diri Hang Tuah wujud!
Lagi Peta lama Dinding atau daerah Manjung dari British
Saksikan simbol kewujudan Peradaban Melayu yang sama dari Champa, Semenanjung Malaysia   sehingga Jawa selepas ini. 
 
 
 

Comments

Popular posts from this blog

Kisahnya

Misteri Danau Tok Uban dan Kisah Bukit Panau digg Assalamualaikum. Kalau hendak dihitung memang tak terkira banyaknya tempat-tempat misteri di negara kita. Selalunya sesuatu yang misteri itu dianggap sebagai tahyul dan hanya rekaan semata-mata atas sebab tertentu. Contohnya cerita-cerita berkaitan dengan hantu ataupun pantang larang orang tua-tua. Ianya tak lari daripada tujuan yang baik tetapi dengan cara yang menakut-nakutkan orang. Itu cara orang dulu-dulu. Tapi tidak semua yang misteri itu adalah tahyul. Kita kena akui ada perkara yang di luar tahap pemikiran logik kita walaupun ianya susah untuk diterima. Hanya orang yang ‘terpilih’ saja yang boleh ‘merasa’ kemisterian sesuatu tempat atau perkara berdasarkan anugerah daripada Allah s.w.t. Bagi aku yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dalam diri ni hanyalah sekadar berminat untuk mengorek cerita dan untuk mengetahui sejarahnya serta apa rahsia yang terdapat di suatu tempat tersebut. Salah sat

Perjuangan sebenar Tok Janggut

Saya yakin ramai yang mengenali Tok Janggut. Tetapi berapa ramai yang benar-benar tahu tentang kisah hidupnya? Kewujudan Tok Janggut dan perjuangannya pasti ada kaitan dengan nasib malang yang menimpa umat Islam seluruh dunia ketika itu, iaitu kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924. Cuba fikirkan, betapa selama ini sejarah kita telah diputar belit oleh X   kuffar . Mereka berjaya mengalihkan pandangan seorang pelajar sekolah, bahawa perjuangan seorang Tok Janggut adalah kerana mempertahankan kuasa politik tradisional dan membantah cukai semata, sedangkan beliau sebenarnya mempertahankan Al-Haq! Malah mereka telah berjaya melabel dan menanamkan dalam pemikiran kita bahawa Tok Janggut adalah penderhaka dan pemberontak. X  kuffar telah berjaya memanipulasi pemikiran umat islam di nusantara ini ( baca: gugusan kepulauan melayu ), bahawa tahap tertinggi dicapai bagi seorang Islam adalah apabila ia telah berjaya dan selesai mengerjakan haji ke makkah al-mukarramah. P

ASAL USUL NAMA KEDAH, LAMBANG KEDAH DAN LAMBANG NUSANTARA

Menurut sumber maklumat yang diwasiatkan oleh Yang Teramat Mulia Penghulu Tajar Kedah Tuanku Nai Long Mahmud cucu Maharaja Melayu Sultan Jaafar Muadzam Shah, makna Kedah dalam bahasa Melayu Siam ialah berasal dari perkataan KEDAT yang bermaksud Kertas atau Watikah. Dalam bahasa Thai pula menyebut Kradat. Watikah ini ialah satu amanat yang dibawa oleh Merong Mahawangsa ke Nusantara. Setelah Maharaja Empayar Islam China Dinasti Tang Maharaja Sai Tee Song pada tahun 650M memeluk Islam, baginda telah mengarahkan cucunya Sultan Muzaffar Shah Merong Mahawangsa membuka kerajaan di Nusantara. Dalam penulisan sekarang kononnya Kedah berasal daripada perkataan Mangkuk Padi. Cuba anda semua lihat dengan teliti rajah dibawah ini; Cubaan kerajaan British untuk menukar nama Kedah (Watikah) kepada Kedah Mangkuk Padi bermula pada zaman Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwaz bin al-Adilin Muadzam Shah lagi sepertimana mereka menukar nama Bandar Hilir Kota Portugis kepada nama M