Hulubalang Melayu

Hulubalang Melayu

Sunday, December 2, 2012

Kerajaan Islam Melayu Kedah yang disembunyikan

Hikayat Merong Mahawangsa yang menceritakan tentang Nabi Sulaiman a.s. dan Garuda .


Bagi yang ingin membaca pencarian saya tentang kebenaran cerita Nabi Sulaiman a.s. dalam HMM, bermulalah dari pos 'Mengapa HMM asal perlu didedahkan'. Setakat ini sudah 11 pos semuanya. Transliterasi HMM berada dalam arkib blog April 2011.
Kita teruskan lagi dengan bukti-bukti bahawa ‘Kuala Changgong’  itu ialah Chandgaon iaitu Chittagong.


Pertama, mari kita bandingkan tulisan Farsi/Persia/Iran dan tulisan Urdu;



Lihat 2 huruf yang saya tandakan; ce/cha/che dan gaf/ga. Kedua-dua huruf ini sudah ditambah dalam tulisan Parsi dan Urdu sebelum tulisan jawi tiba ke tanah Melayu. Tulisan Jawi Melayu mengandungi huruf nga mungkin kerana bahasa Melayu banyak menggunakan huruf tersebut; kampong, terbang, gendang, layang-layang, tempurung, angsa, tongkang dan sebagainya.
Tanpa huruf nga sudah tentu ‘Changgong’ tidak boleh dieja dengan betul menjadikan namanya hanya  'Chandgaon'.
Sekarang mari kita teliti lirik lagu ‘Canggung’ dari negeri Perlis (yang pada masa dahulu di bawah pemerintahan Kedah) – boleh buat carian di internet.
Saya tidak tahu lirik lagu ini sepenuhnya. Di bawah adalah antara perkataan yang jelas;

Canggung
* Alacanggung makcik la makcik canggung
 Canggung, canggung ala li la le
Nasi kunyit sayang gulailah yang ayam
Tang mana ayam?
Dalam belangalah ayam
Hai sedapkah ayam?
Mari dimakan di batas lentang
*
Songkok senget sayang jalanlah yang malam
Mengkala (Bila) malam?
Sat ni (sebentar lagi) lah malam
Hai sungguh kah malam?
Hendak memikat sisanggul lentang
*
Kuala Tunggang Dek oi di padanglah yang Siding
Tang mana lah Siding?
Hai di sana Siding
Hai jauhkah Siding?
Tempatlah orang julang penangin
*
Sanggul lentang Dek oi punyalah disunting
Siapa dok sunting?
Hai dia dok sunting
Hai betoi ka sunting?
Bagaimana Abang tak ingin!
*
Bukit Cuping sayang gualah berangin
Di mana berangin?
Di sana berangin
Hai sungguh berangin?
Tempatlah orang mengambil baja
*
Batu lima dek oi banyaklah yang liku
Tang manalah liku?
Hai tang kona lah liku
Hai jauhkah liku?
Tempatlah orang menunggang kuda
*
*
Putih kuning Bang oi banyaklah dok ingin
Hai sapa dok ingin?
Hai depa dok ingin
Hai sungguhkah ingin?
Banyaklah orang dok balik saja
*
Sekuntum bunga Dek oi tunjuklah kelaku
Siapa kelaku (menari?)?
Hai di sana kelaku
Mana dia kelaku?
Bagailah mana orang tak gila
*
Apa …….sayang di….la sapi
Tang mana sapi?
Tanduklah sapi
Hai besaq kah sapi?
Akarnya panjang berjala-jala
*
Jangan cuba Bang oi bermainlah api
Hai hangatkah api?
Di …..lah api
Hai sungguhkah api?
Nanti terbakar tangan terbakar
*
Ke bukit…….rebuslah ketupat
Mana dia ketupat?
Hai di sana ketupat
Hei banyak ketupat!
Mengucai lempok di Kampung Beseri
*
Kalau kupinang Dek oi pinanglah tak dapat
Siapa tak dapat?
Hai Abang tak dapat
Kesian tak dapat!
Ku pujuk-pujuk ku bawa lari

Antara yang boleh dipertikaikan;
1. Kona ialah perkataan Inggeris iaitu ‘corner’. Kenapa pula lagu tradisional Melayu mengandungi perkataan Inggeris?
2. Lagu ini banyak menyentuh tentang ‘tang mana’ menunjukkan orang yang diberitahu tidak tahu di mana tempat tersebut.
3. Lagu ini seperti menceritakan tentang sesuatu tempat yang jauh;
‘Banyaklah orang dok balik saja.’
4. Rupa paras orang di tempat tersebut juga berbeza;
Putih Kuning Bang oi banyaklah yang ingin.’
5. Cara hiasan juga berbeza;      
‘Hendak memikat sisanggul lentang.
6. Tiada tempat di Perlis mahupun Kedah yang bernama Kuala Tunggang.
7. Mengapa ‘sapi’ bertanduk dan berakar pula?
8. ‘Ala Changgong’ mungkin sebenarnya ‘Kuala Changgong’.
9. Ada yang mengatakan perkataan ‘makcik’ itu sebenarnya ialah ‘masih’. Oleh  itu, jika dicampur 8 dan 9, maka ayat itu sepatutnya berbunyi; 
‘Kuala Changgong, masih la masih Changgong’. Ayat ini amat sesuai untuk menjelaskan bahawa Kuala Changgong masih lagi dikenali tetapi kini sebagai Changgong (Chandgaon).

Sebenarnya lagu ini telah banyak diubah dan tidak asli lagi. Keaslian lagu ini pernah dibahaskan dalam dewan parlimen iaitu di Dewan Rakyat pada 1hb Disember, 1965
dan Dewan Negara pada 20hb Februari 1991;

 Umum mengetahui bahawa Chittagong kini berada dalam Negara Bangladesh bukan dalam Arakan, Myanmar. Sebenarnya pada zaman Kerajaan Mrauk-U 1 dan 2, Chittagong/Chandgaon/Kuala Changgong berada di bawah kerajaan Islam Negara Arakan itu. Ia mungkin juga berada di bawah pemerintahan Kerajaan Dhanyawadi(Raja Marayu) sejak lebih 5000 tahun dahulu. Selain itu, ia adalah antara tempat  yang disebut oleh Raja Merong dalam HMM. Ini bermakna pada sekitar 3000 tahun dahulu, ia masih bergelar Kuala Changgong dan sangat dikenali oleh orang Melayu.

Ini disokong lagi oleh adanya berbagai kaum di Chittagong Hill Tracts yang banyak persamaan dengan orang Melayu dan kaum-kaum di Sabah dan Sarawak;


 Seperti juga kebebasan beragama yang diberikan oleh Kerajaan Islam Bangladesh sekarang kepada mereka, keturunan mereka dahulu hidup bebas beragama dalam Kerajaan Islam Mrauk-U Arakan. Dakwah dilakukan dalam situasi aman oleh keturunan Raja ketika itu Marn/Mawn Saw Mon iaitu Sultan Sulaiman Shah dan para pendakwah serta keturunannya selama lebih 200 tahun. Tidak ramai yang berani menulis di internet nama penuh Raja ini kerana Marn/Mawn bermaksud ‘Monk’ iaitu ‘Sami’ yang bermaksud ‘orang alim’ dalam ajaran Buddha. Saw Mon pula mungkin mengikut pelat lidah mereka bagi nama Sulaiman. Oleh itu, Sultan Sulaiman Shah dikenali sebagai ‘Sami Sulaiman’ oleh pengikut Buddha. Jika diteliti, semakin jelas di sini bahawa Buddha membawa ajaran tauhid. WAllahua’lam.

Apabila Kerajaan Islam Mrauk-U Arakan tumbang, umat Islam yang terdiri dari berbagai kaum di Arakan (kini dipanggil
‘Rohingya’) langsung tidak diberi kebebasan beragama malah mereka tidak lagi diterima sebagai rakyat Myanmar. Maka hiduplah mereka sebagai pelarian sehingga kini!

Kesalahan banyak dituding kepada Myanmar tanpa banyak butiran tentang penjajahan Eropah. Dari ulasan buku Pamela Gutman dalam laman The American Muslim, Pamela Gutman menyedari bahawa terdapat pakar-pakar sejarah ‘palsu’ yang berat sebelah dan mempunyai agenda mereka tersendiri.


 Hakikat sebenarnya penjajah Eropah sudah mula berada di perairan ini jauh lebih awal dari 1784. Lihat sejarah bandar Dhaka;

Orang Portugis bersekongkol dengan ‘lanun Mogh’ diperairan ini? Sebenarnya mereka mengawal perairan ini  untuk menyekat penyebaran agama Islam ke Timur melalui laluan dagang ini. Mereka buru orang Islam dan penganut Veda(sebelum bergelar Hindu) untuk jadikan hamba abdi menyebabkan kawasan tepi pantai ini lengang seketika. Alasan mereka ialah hendak mengkristiankan mereka ini.

Sekarang mari kita lihat kembali 18 orang Raja Islam di Kerajaan Mrauk-U itu. Kali ini saya keluarkan petikan dari rohingyasinternational;

 Lanun Portugis dan Mogh menawan Bandar Dhaka buat seketika pada tahun 1608 iaitu hanya 29 tahun sebelum Kerajaan Islam Mrauk-U tumbang jika Sultan Salim Shah ialah Sultan Islam terakhir. Kerajaan Mrauk-U 3 bukan lagi berada di tangan orang Islam ketika Burma menyerang pada tahun 1784. Buktinya terdapat perbezaan pada belakang syiling yang ditemui. Syiling Mrauk-U 1 dan 2 bertulis ‘Lord of Red and White elephants’ (Raja gajah merah dan putih) tetapi bagi Mrauk-U 3 tertulis ‘Lord of the golden palace’ (Raja istana emas).
Jika diteliti, seperti ada sesuatu tidak kena kerana jika Islam datang dari Barat melalui Himalaya dan Lembah Indus seperti juga keturunan nenek moyang rumpun Melayu, mengapa kerajaan Islam Mrauk-U ini bermula pada tahun 1430M sedangkan Sultan Muzaffar Shah Kedah menganut Islam pada tahun 1139M iaitu hampir 300 tahun lebih awal? Sebenarnya Islam telah sampai ke daerah itu sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi tetapi ramai ulama’ mati syahid dan buktinya terdapat banyak kubur alim ulama’ di sana. Ini membuktikan banyak fakta telah diselewengkan sehingga agama Islam langsung tidak diterima di sana.


Di dalam pos terdahulu saya pernah mengatakan HMM yang saya anggap asal inipun sudah tentu ada orang lain yang menyambungnya kerana pada masa yang disebutkan itu, sudah tentu ‘Fakir’ telah meninggal dunia. Oleh itu, mari kita bandingkan permulaan salasilah Sultan Kedah dengan permulaan salasilah yang ditulis di penghujung HMM;
        Salasilah Kesultanan Kedah dlm
                            HMM
   Salasilah  Kesultanan Kedah yang sebenar    
                Sultan Mudzalfal Shah
                                 l    
               Sultan Mu’adzam Shah
                                 l   
              Sultan Muhammad Shah
                                 l  
               Sultan Mudzafar Shah
                                 l 
              Sultan Mahmud Shah
                                 l 
                        …….?.......
                                 l
                        …….?.......
                                 l  
                        …….?.......
                                 l
                        …….?.......
                                 l
                        …….?.......
                                 l
                        …….?.......
                                 l
              Sultan Sulaiman Shah
                 (mangkat di Aceh)
                                 l
               Sultan Rijaluddin Shah
                   (marhum Naga)
                                 l
             Sultan Muhaiyiddin Mansor Shah
                             (marhum Sena)
                                          l
             Sultan Dziauddin Makarram Shah
                             (marhum Hilir)
             l                                 l   
 S. ‘Ataullah              S. Muhammad Jiwa
Muhammad Shah     Zainaladlin Muadzam   (marhum Bkt. Png)             Shah
             I             (marhum Kayangan)
 S. Abdullah                           I
Al-Mukarram Shah    S. Dziauddin
(marhum muda          Mu’adzam Shah
Bkt. Pinang)              (marhum Muda
             I                       Kayangan)
S. Ahmad Tajuddin
Halim Shah
             S. Muzaffar Shah(1136-1179)
                                      l
            S. Mu’adzam Shah(1179-1201)
                                      l
           S. Muhammad Shah(1201-1236)
                                      l
           S. Mudzaffar Shah I(1236-1280)
                                      l
            S. Mahmud Shah I(1280-1321)
                                      l
             S. Ibrahim Shah(1321-1373)
                                      l
            S. Sulaiman Shah I(1373-1422)
                                      l
    S. Ataullah Muhammad Shah 1(1422-1472)
                                      I
S. Muhammad Jiwa Zainal Adlin 1(1472-1506)
                                      l
           S. Mahmud Shah II(1506-1546)
                                      l
          S. Mudzaffar Shah II(1546-1602)
                                      l
            S. Sulaiman Shah II(1602-1625)
                                      l
 S. Rijaluddin Muhammad Shah(1625-1651)
                                      l
     S. Muhyiddin Mansur Shah(1651-1661)
                                      l
  S. Dziauddin Mukarram Shah (1661-1687)
                                      l
  S. Ataullah Muhammad Shah II(1687-1698)
                                      I
S. Abdullah Al-Mu’adzam Shah(1698-1706)
                                      I
S. Ahmad Tajuddin Halim Shah(1706-1709)
                                      I
                        dan seterusnya                  

Jelas dari jadual di atas bahawa 6 generasi dari Salasilah Kesultanan Kedah ini telah di DIPADAMKAN! Salasilah dari HMM ini seolah-olah mencantumkan kedua-dua Sultan Sulaiman Shah(I dan II) menjadi seorang sahaja. Soalnya mengapa? Apakah yang ingin disembunyikan dari kita? Sultan Sulaiman Shah juga dikatakan mangkat di Aceh.

Andaikata Sultan Sulaiman Shah itu ialah Marn Saw Mon/ Narameikhla, baginda telah memerintah selama; 1434M – 1373M = 61 tahun. Umur ini masih munasabah bagi seorang raja bertakhta.

Bagi menyokong pendapat ini, mari kita selidik bagaimana Sultan Sulaiman Shah membina Kerajaan di Arakan. Nampak seperti ramai yang menceritakan seperti berikut;

Satu kecacatan yang dapat dikesan dalam cerita ini ialah tidak mungkin anak kepada seorang raja mengasaskan kerajaan lain dengan nama baru di negaranya sendiri.
Cerita yang mengatakan baginda melarikan diri ke Bangladesh selama 25 tahun ini tidak meyakinkan beberapa pihak contohnya Human Rights and Development Organization;

Mungkinkah baginda pergi ke tempat lain? Kebetulan pada masa yang sama, terdapat seorang Maharaja Daerah Pidie di Aceh yang bernama Maharaja Sulaiman Noer. Adakah ini Sulaiman Shah yang sama? Sesuai dengan cerita dalam HMM, makamnya terletak di Makam Teungku di Kandang, Keulibeu(Pidie), Aceh. Seperti ada yang tidak kena, nama anak dan ayah Maharaja Sulaiman Noer ini mempunyai akhiran Shah, mengapa tiada dinamanya? Tambahan ‘Noer’ itu pula bermaksud cahaya dalam bahasa Arab. Tidak mustahil ‘Nara’ dalam nama ‘Narameikhla’ juga adalah ‘Noer’ menjadi namanya itu mungkin bermaksud ‘Cahaya Meikhla’. WAllahua'lam.
Anaknya, Maharaja Malik Ma’rof Shah, mangkat pada tahun 1511 iaitu tahun yang sama (Portugis/Peringgi/Feringgi) menyerang Melaka. Jika Maharaja Sulaiman Noer ialah Sultan Sulaiman Shah, adakah anaknya Maharaja Malik Ma’rof Shah terlibat dalam peperangan menentang Portugis di Melaka? Adakah baginda berada di Aceh selama 23-25 tahun selepas kejadian di Arakan itu?
Sekiranya benar, dakwah yang dilakukan oleh keturunan Sultan Sulaiman Noer ini terlalu singkat di Aceh. Maka tidak hairanlah orang Indonesia langsung tidak mengetahui cerita tentang kemarahan Nabi Sulaiman a.s. terhadap Garuda menyebabkan mereka dengan selesa menggunakan gambar Garuda sebagai lambang Negara Indonesia.
Bagaimanapun terdapat sedikit perbezaan antara Sultan Sulaiman Shah yang sedang dibincangkan ini dengan Sultan Sulaiman Noer iaitu nama ayahnya ialah Sultan Husain Shah, bukan Sultan Ibrahim Shah. Tidak dinafikan mungkin terdapat penglibatan ‘tangan-tangan jahat’ pada sumber rujukan saya ini; ‘Tawarikh Radja2 Kerajaan Atcheh, 1968’ yang lebih separuh dari 91 sumber rujukannya datang dari penjajah Barat (antaranya Richard Winstedt).
Terdapat satu bukti lain di Kedah yang bertepatan dengan zaman Sultan yang dibincangkan ini. Tarikh Sultan Sulaiman Shah diserang dan terpaksa melarikan diri dari Arakan iaitu antara 1401 – 1404M sesuai dengan tarikh akhir Tamadun Sungai Batu di Lembah Bujang digunakan, iaitu pada abad ke-14. Ini bermakna serangan dibuat bukan hanya pada Kerajaan Mrauk-U Arakan yang baru hendak ditubuhkan oleh Sultan Sulaiman Shah, tetapi juga pada kerajaannya yang asal di Kedah(Tamadun Sungai Batu, Lembah Bujang)!

Dari Jadual perbandingan salasilah tadi didapati nama ayahanda baginda, Sultan Ibrahim Shah juga dipadamkan. Mungkinkah dakwah di Arakan bermula dari ayahanda baginda lagi? Jika diteliti, nama mereka berdua juga sudah membawa mesej dakwah yang digeruni kafir ketika itu – Ibrahim dan Sulaiman. Kini nama-nama itu langsung tidak diketahui maknanya oleh mereka yang bukan Islam.

Pada zaman Sultan Ibrahim Shah (1321-1373), seorang ahlul-bayt iaitu Syed Hussein Jamadil Kubra telah pergi ke Kelantan untuk menyebarkan syiar Islam. Untuk ke Kelantan sudah tentu beliau melalui Selat Melaka. Beliau tidak berhenti di pantai barat Tanah Melayu sudah cukup bukti bahawa semua raja dan rakyat di pantai barat sudahpun memeluk agama Islam. Selain itu, beliau sampai di Kelantan pada masa yang cukup sesuai iaitu ketika giliran Raja Kelantan memimpin Kerajaan Majapahit. Beliau mungkin telah diberitahu tentang hal ini lebih awal lagi. WAllahua’lam.

Berbalik kepada cerita Mrauk-U pula, mengapakah keturunan Sultan Kedah memikul tanggungjawab untuk berdakwah di Arakan? Untuk menjawab soalan ini, mari kita lihat Peta Monggol, Abad ke-13 dari Atlas Sedjarah;






Dari peta b iaitu pada sekitar 1300M, kita dapat lihat bahawa seluruh Lembah Indus sudah berada di bawah Sultanat Delhi. Di China pula dikuasai oleh Kerajaan Chan Akbar atau Khan Akbar yang sudah tentunya beragama Islam. Di antara kedua-dua kuasa besar ini terdapat kawasan yang cukup tegar untuk menerima Islam. Mereka ini sebenarnya amat kuat kepercayaan terhadap Garuda. 2 bukti tersebut;



Oleh itu, hanya keturunan Sultan Kedah sahaja yang boleh mengislamkan mereka kerana mereka mempunyai Hikayat Merong Mahawangsa yang menceritakan tentang Nabi Sulaiman a.s. dan Garuda - ingat kembali Hikayat ini ditulis pada zaman pemerintahan Sultan Mu’adzam Shah (1179-1201) iaitu 5 generasi sebelum Sultan Sulaiman Shah (1373 – 1422/Kedah, - 1434/Mrauk-U).

Satu perkara penting yang perlu diketahui ialah pada zaman yang sama, terjadi pelarian mereka yang bukan Islam dari China ke Selatan. Lihat peta Gema pengaruh Monggol di Asia Tenggara dari Atlas Sedjarah;



Bangsa yang pergi ke Assam ialah Bangsa Ahom, Myanmar-Bangsa Shan, Thailand-Bangsa Sukhotai dan Laos-Bangsa Laotia. Mereka inilah yang memulakan berbagai serangan tak berperikemanusiaan terhadap orang Islam yang semuanya dari rumpun Melayu di Selatan.

Dakwaan saya ini disokong lagi oleh tempat-tempat yang disebut oleh Raja Merong dalam perjalanannya ke Langkasuka. Kita sudah tahu tentang Kuala Changgong.  Dimana pula; Kuala Tawai, Kuala Parit, Morib dan akhirnya Pulau/Tanjung Salang yang jelas menunjukkan Phuket?

Selain itu, pakaian tradisional berbagai kaum di selatan Myanmar juga seperti di Arakan, banyak ciri-ciri pakaian tradisional Melayu. Aceh mengakui keturunan mereka dari Mon-Khmer sementara orang Mon pula mengatakan mereka adalah dari Ramanadesa (Desa Ravana?). Wallahua’lam.                                                            Contoh pakaian tradisional kaum Mon;



Pada zaman penjajahan Eropah, Tanintharyi itu dikenali sebagai Tenasserim – boleh dilihat pada peta dari Atlas Sedjarah sebelum ini. Jika dikaitkan dengan Sejarah Kedah Pra Raja-raja Parsi, ia adalah Tenang Sari. Ia dikatakan menyerang Kedah pada zaman pemerintahan Maha Derma Raja.

Maka semua bukti-bukti ini menunjukkan bahawa pengasas Kerajaan Mrauk-U Arakan iaitu Sultan Sulaiman Shah@ Mawn Saw Mon@ Raja Narameikhla adalah Sultan Sulaiman Shah I dari Kedah yang mungkin juga Maharaja Sulaiman Noer dari Aceh. WAllahua’lam.


Dari sumber :

http://hmm-asal.blogspot.com/2012/04/kerajaan-islam-melayu-kedah-yang.html