Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

Kota-Kota Melayu Serta Khazanah Negara Yang Dimusnahkan British Dan Talibarutnya.

Kerajaan Kedah sering di sebut sebagai kerajaan tertua dalam sejarah kerajaan beraja serta kesultanan yang panjang di nusantara yang bermula pada tahun 700 masihi lagi. Hubungan dengan negeri-negeri di timur tengah dan asia barat serta timur meninggalkan kesan dan pengaruh yang luas termasuklah kebudayaan, kesenian, agama, politik dan perdagangan. Kesan-kesan seni warisan melayu ini banyak dapat di kesan di Kedah walaupun banyak kota-kotanya dikhianati, dihancurkan dan ditanam oleh pihak-pihak musuh Allah. Bandar Kota Star selaku pusat pentadbiran Kedah Tua dan merupakan antara kota yang mendapat perhatian kerajaan British untuk dirampas kerana ia dipenuhi sebilangan bangunan lama yang menjadi bukti kewujudan pemerintahan dinasti Ahlul Bait Al-Jefri Merong Mahawangsa . Kota Star sejak dahulu terkenal dengan banyak kota-kota dan gerbang-gerbang yang antik serta cantik seperti Kota Tengah, Kota Star, Istana Kuning, Kota Keriangan di Gunung Keriang dan Kota Shar