Skip to main content

Posts

Showing posts from November 9, 2013

Sejarah yang hilang

   Ramai yang beranggapan sejarah Malaysia adalah seperti yang tercatat di buku-buku teks sekolah. jika kita teliti kembali perjalanan sejarah Malaysia, seperti terdapat banyak lompong-lompong dalamnya. Kita sedia maklum akan sejarah semenanjung Malaysia banyak berkisarkan era kesultanan Melayu Melaka bermula dari Parameswara (1400 masihi) hingga ke era pasca moden Malaysia. Apa yang menjadi tanda tanya adalah ke mana hilangnya sejarah sebelum itu? kita tahu Langkasuka , Gangga Negara , Lembah Bujang , dan Chi Tu tapi semua ini diketepikan oleh kerana asal kerajaan yang bukan beragama Islam (pendapat penulis).  Dalam portal dibawah kementerian penerangan, sejarah ringkas malaysia bermula dari era kesultanan Melayu Melaka. Dengan berlandaskan slogan 'tepat dan bermaklumat' adalah tidak wajar untuk tidak memasukkan serba sedikit sejarah lampau Malaysia. Aktiviti pencarian sejarah lampau Malaysia memerlukan ekskavasi secara meluas dan semesti nye melibatkan peru

ASAL USUL NAMA KEDAH, LAMBANG KEDAH DAN LAMBANG NUSANTARA

Menurut sumber maklumat yang diwasiatkan oleh Yang Teramat Mulia Penghulu Tajar Kedah Tuanku Nai Long Mahmud cucu Maharaja Melayu Sultan Jaafar Muadzam Shah, makna Kedah dalam bahasa Melayu Siam ialah berasal dari perkataan KEDAT yang bermaksud Kertas atau Watikah. Dalam bahasa Thai pula menyebut Kradat. Watikah ini ialah satu amanat yang dibawa oleh Merong Mahawangsa ke Nusantara. Setelah Maharaja Empayar Islam China Dinasti Tang Maharaja Sai Tee Song pada tahun 650M memeluk Islam, baginda telah mengarahkan cucunya Sultan Muzaffar Shah Merong Mahawangsa membuka kerajaan di Nusantara. Dalam penulisan sekarang kononnya Kedah berasal daripada perkataan Mangkuk Padi. Cuba anda semua lihat dengan teliti rajah dibawah ini; Cubaan kerajaan British untuk menukar nama Kedah (Watikah) kepada Kedah Mangkuk Padi bermula pada zaman Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwaz bin al-Adilin Muadzam Shah lagi sepertimana mereka menukar nama Bandar Hilir Kota Portugis kepada nama M