Skip to main content

Posts

Showing posts from January 4, 2014

Tamadun Melayu

http://www.youtube.com/watch?v=qQreBYu8AoM BUKTI KEHEBATAN TAMADUN MELAYU LEGASINYA 1. Legasi Dalam Bidang Sains Apakah Tamadun Melayu tidak meninggalkan apa-apa kepada dunia dalam bidang yang sains? Legasi yang boleh kita banggakan? Sebenarnya banyak legasinya, Cuma kita ini bangsa Melayu yang malas mahu mencarinya.  Apabila kita bercakap mengenai peninggalan sebuah tamadun itu dalam bidang Sains, antara perkara yang kita tidak akan lupakan mengenainya adalah dalam bidang perubatan. Apakah tinggalan Tamadun Melayu dalam bidang perubatan? Untuk pengetahuan kalian, Taj-ul-Muluk atau nama Melayunya, Kitab Mujarrabat Melayu yang setebal 500 mukasurat menceritakan mengenai 147 perkara atau fasal dalam perubatan Melayu yang mengulas mengenai penemuan-penemuan ubatan dan rawatan terhadap penyakit-penyakit dan cara perubatan Melayu. Tak lebih daripada itu, bahkan ketika zaman penjajahan British, sebuah kitab perubatan orang Melayu telah diambil oleh