Skip to main content

Posts

Showing posts from January 18, 2014

Melayu pencipta angka kosong ' 0 '.

' Kosong ', atau 0 , bukan nombor, penemuannya merevolusikan pemikiran matematik dan sains moden. Nombor ini diperkenalkan di Eropah pada awal abad ke-13 seterusnya ia dibangunkan di dunia Arab-Islam pada kurun kesembilan . Tokoh matematik dunia Arab, Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi , memperkenalnya di Iraq melalui bukunya Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wal Muqabbala (tahun 837 ) setelah lawatannya di India, benua yang "sangat" nombor maha penting ini pada tahun 594 . Tamadun Eropah mengambil kosong, atau sifar, daripada penemuan dunia Arab, sifr (sifar). Ia dibawa oleh pemikir Itali, Fibonacci, dalam tahun 1202 melalui karya popularnya Liber Abaci. Perkataan sifar ini juga membentuk cipher dalam bahasa Inggeris yang menggunakan masud “tiada apa-apa”, “simbol”, “kod” atau “pesan rahsia”. Dr Alinor: Sebelum tahun 837, ada 17 maklumat dalam tamadun Melayu terdapat tujuh maklumat dalam tamadun India yang mempunyai simbol 0. Pensyarah matemati