Merdekalah Jiwa Bangsaku Tajuk : Merdekalah Jiwa Bangsaku! Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta. Kesultanan Melayu Melaka yang gah selama 110 tahun musnah dan tumbang dalam masa 10 hari saja oleh Portugis. Selepas itu kita dijajah oleh kuasa-kuasa asing silih berganti. Sifat mementingkan diri sendiri, dengki khianat dan perpecahan sesama sendiri adalah punca kelemahan dan jatuhnya Empayar Melayu. Kuasa-kuasa asing dari dulu hingga kini amat mengidam untuk menakluki tanah melayu, kerana bumi yang kita pijak ini kaya dengan emas, bijih timah, bijih besi dan subur untuk tanaman getah, kelapa sawit dan sebagainya. Oleh kerana bimbang kuasa raja dan orang melayu hilang, pada tahun 1909 raja-raja melayu telah mencadangkan kepada British agar ditubuhkan satu pasukan tentera yang terdiri dari orang-orang melayu.Untuk mengambil hati raja-raja melayu, maka pihak British bersetuju menubuhkan Rejimen Askar Melayu pada 1 Febuari 1933, itupun s...
Berkongsi info dan sejarah tanah air