Ramai yang beranggapan sejarah Malaysia adalah seperti yang tercatat di buku-buku teks sekolah. jika kita teliti kembali perjalanan sejarah Malaysia, seperti terdapat banyak lompong-lompong dalamnya. Kita sedia maklum akan sejarah semenanjung Malaysia banyak berkisarkan era kesultanan Melayu Melaka bermula dari Parameswara (1400 masihi) hingga ke era pasca moden Malaysia. Apa yang menjadi tanda tanya adalah ke mana hilangnya sejarah sebelum itu? kita tahu Langkasuka , Gangga Negara , Lembah Bujang , dan Chi Tu tapi semua ini diketepikan oleh kerana asal kerajaan yang bukan beragama Islam (pendapat penulis). Dalam portal dibawah kementerian penerangan, sejarah ringkas malaysia bermula dari era kesultanan Melayu Melaka. Dengan berlandaskan slogan 'tepat dan bermaklumat' adalah tidak wajar untuk tidak memasukkan serba sedikit sejarah lampau Malaysia. Aktiviti pencarian sejarah lampau Malaysia memerlukan ekskavasi secara meluas dan semesti nye melibatkan...
Berkongsi info dan sejarah tanah air