Skip to main content

Posts

Showing posts from June 21, 2021

Bunga Mas menurut orientalis

  Bunga Emas :  Tanda Persahabatan atau naungan. Kalau Kita mengupas tentang isu Bunga Emas, pasti perkara ini akan melibatkan soal Thai dan negeri-negeri Melayu Utara. Hal ini Kerana Bagi Kedah , Kelantan dan Terengganu terutamanya Bunga Emas adalah tanda persahabatan dan bersaudara ataupun sebagai hadiah kepada kelahiran anak lelaki Raja Thai seperti mana yang terkandung di dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Namun Selepas Kejatuhan Ayuththaya pada 1767, Bunga Emas ini seolah-olah menjadi satu jawapan bagj semua negeri yang bersempadan dengan Thai. Setelah runtuhnya Dinasti Thonburi dan bangkitny Dinasti Chakri, Kewajipan menghantar bunga Emas dan Perak adalah satu tanggapan Thai bahawa memjadi kemestian kerajaan Kedah dan negeri Melayu di Utara untuk memberinya kerana taraf mereka sebagai jajahan takluk Thai. Ahli Sejarawan Kedah secara amnya tetap menganggap bunga Emas dan Perak dihantar setiap 3 tahun sekali adalah tanda persahabatan antara kerajaan Thai dan Kerajaan Kedah. Menurut H