Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

KAPAL GELIUNG MELAYU

 KAPAL GELIUNG MELAYU Galleons adalah kapal-kapal perang besar yang mempunyai tingkat-tingkat dan aras-aras yang berlainan didalam badan kapal tersebut. Ini menyebabkan ia mempunyai bentuk yang sangat besar dan sesuai untuk digunakan bagi membawa muatan, tentera dan apa sahaja kenderaan perang mengikut kandungan kuantiti yang banyak. Rentasan sebuah Galleon Pada sekitar tahun 1580an, hanya beberapa buah negara sahaja di Eropah yang mempunyai kemampuan dan kepakaran untuk membina Galleons, seperti Turki, Portugal, Sepanyol dan England. Belanda hanya mula membina Galleons pada sekitar tahun 1590an atau 1600an. Perancis lansung tidak mempunyai armada laut sehinggalah kurun ke 17. Galleon pertama mereka hanya dibeli pada 1620an daripada Belanda. Hanya Aceh dan Johor sahaja negara bangsa bukan eropah yang menjadi pengeluar Galleons pada sekitar 1580an hingga 1600an. Setelah membuat sedikit rujukan-rujukan mengenai Galleon-Galleon melayu ini, saya mendapati ianya adalah sejenis kapal perang

Berakhir kesultanan Sulu

 BERAKHIRNYA KUASA KESULTANAN SULU APABILA TAUSUG MEMBIARKANNYA JATUH DAN HILANG. 1> Tahukah anda bila institusi kesultanan Sulu "terhenti dan berakhir"? Ia berakhir pada tahun 1936 setelah sultan terakhir yang berdaulat telah mangkat. Sultan terakhir ini bernama Sultan Muhammad Jamalul Kiram II bin Sultan Muhammad Jamalul Alam. Kuasa kesultanan berhenti total ditinggalkan oleh Tausug setelah kedatangan tentera Jepun pada Perang Dunia ke-II antara 1940 hingga 1945. Perang Dunia ke-II inilah salah satu faktor penyebab berakhirnya Kesultanan Sulu seterusnya era UNITED NATION pun bermula.  2> Tahukah anda bahawa Sultan Sulu terakhir itu masih berkuasa di Sandakan menaungi Pemerintah British (Penyewa North Borneo) dari 1890 hingga 1936? Istananya masih wujud hingga hari ini di puncak Tangga Seribu berjiran dengan Rumah Agnes Keith? (Sultan hanya perlu berjalan kaki menuruni tangga bawah sedikit untuk sampai ke Masjid Jame' Syeikh Hasbullah At-Takhiri bersolat fardhu Jum

Raja Siam Islam Terakhir

 SEJARAH REALITI RAJA SIAM ISLAM TERAKHIR SEJARAH REALITI RAJA SIAM ISLAM TERAKHIR DINASTI AYUTIA KE-33,TAHUN 1767 KHALIFAH SYARIF ABU BAKAR SYAH YANG DI PERTUAN YANG MAHA MULIA BENUA ISLAM SIAM KEDAH BERGELAR BOROMORAJA V EKATAAT MAHA DAMMAIYAZA “Boromoraja” di dalam terjemahan bahasa Siam Islam Kedah bermaksud “puak berpengetahuan penyebar dakwah agama Islam” dan ekataat bermaksud, “beta taat kepada allah dan rasul”. Gelaran Raja Siam Cau Pija Sitammarat Maha Tammaraja (Boromokot) Raja Siam Islam Dinasti Ayutia Ke-31 pula telah diberikan pada tahun 1758 selepas kemangkatan ayahandanya di Pulau Langkawi Kedah iaitu Sultan Maulana Muhiyuddin Mansor Syah (rujuk UUK ms16,17) suami kepada Puteri Raja China Hang Li Poh. “Maha Dammaiyaza” pula bermaksud “pembesar darah dari berlainan raja”. Ini adalah disebabkan ayahanda Syarif Yang Di Pertuan Kedah adalah raja siam Islam dan ibunya pula adalah berlainan darah dek kerana bondanya adalah Puteri Raja China Hang Li Poh berasal dari Dinasti Yua

Ertinya Khalifah.

Sejarah Khalifah gambar hiasan Adapun sejarah khalifah bermula apabila Allah azzawajalla menyatakan akan menjadikan khalifah di muka bumi.Para malaikat kemudiannya  berkata adakah akan dijadikan khalifah dari orang yg akan membuat banyak kerosakkan dimuka bumi ,sedang para malaikat bertahmid  dan  nuqaddis kepada  Allah swt? Malaikatpun sudah mengerti bani Adam as akan banyak membuat kerosakkan dan menumpahkan darah,walaupun nabi Adam(khalifah) masih belum dijadikan . Sebelum nabi Adam as dijadikan ,Dunia ini ada pelbagai makhluk makluk  selain dari makluk kaum Jin yang  hidup melata , bertaburan ,didarat ,dilaut,didalam tanah ataupun di udara,termasuklah yang berada  di alam Ghaib.Makhluk-makhluk  itu dicipta dan dihadirkan/diberikan mizan dan perundangan untuk kesinambungan . Perundangan atau mizan yg pelbagai dan berbeza dikenakan keatas semua makhluk,maka kita boleh panggil sistem/perundangan alam ciptaan Allah swt  itu, secara ringkasnya "nature'(semulajadi). Perundangan

Bunga Mas menurut orientalis

  Bunga Emas :  Tanda Persahabatan atau naungan. Kalau Kita mengupas tentang isu Bunga Emas, pasti perkara ini akan melibatkan soal Thai dan negeri-negeri Melayu Utara. Hal ini Kerana Bagi Kedah , Kelantan dan Terengganu terutamanya Bunga Emas adalah tanda persahabatan dan bersaudara ataupun sebagai hadiah kepada kelahiran anak lelaki Raja Thai seperti mana yang terkandung di dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Namun Selepas Kejatuhan Ayuththaya pada 1767, Bunga Emas ini seolah-olah menjadi satu jawapan bagj semua negeri yang bersempadan dengan Thai. Setelah runtuhnya Dinasti Thonburi dan bangkitny Dinasti Chakri, Kewajipan menghantar bunga Emas dan Perak adalah satu tanggapan Thai bahawa memjadi kemestian kerajaan Kedah dan negeri Melayu di Utara untuk memberinya kerana taraf mereka sebagai jajahan takluk Thai. Ahli Sejarawan Kedah secara amnya tetap menganggap bunga Emas dan Perak dihantar setiap 3 tahun sekali adalah tanda persahabatan antara kerajaan Thai dan Kerajaan Kedah. Menurut H

Biografi Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani

  Koleksi tulisan Allahyarham WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH LEMBARAN akhir kitab Siyarus Salikin dinyatakan diselesaikan di Taif pada tahun 1203 Hijrah. SHEIKH Abdus Shamad al-Falimbani adalah seorang ulama sufi yang agung di Nusantara, beliau sangat anti terhadap penjajah dan ia telah menunjukkan kesanggupan luar biasa untuk berjuang demi ketinggian Islam semata-mata. Dua karya Sheikh Abdus Samad al-Falimbani yang paling popular ialah Hidayat as-Salikin dan Siyar as-Salikin. Nama lain untuk Hidayat as-Salikin ialah as-Salikin, diselesaikan tahun 1192 H/1778 M, yang merupakan terjemahan kitab Bidayat as-Salikin karya Imam al-Ghazali dengan tambahan-tambahannya yang cukup banyak. Prof. Dr. Hamka menyebut dalam salah satu karangannya, bahawa setelah belajar di Mekah, Sheikh Abdus Shamad Palembang tidak pernah kembali ke tanah airnya Palembang, lantaran bencinya terhadap penjajah Belanda. Sebagaimana disebutkan bahawa yang sebenarnya menurut khabar yang mutawatir, dan bukti-bukti bertulis ba