Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2021

KAPAL GELIUNG MELAYU

 KAPAL GELIUNG MELAYU Galleons adalah kapal-kapal perang besar yang mempunyai tingkat-tingkat dan aras-aras yang berlainan didalam badan kapal tersebut. Ini menyebabkan ia mempunyai bentuk yang sangat besar dan sesuai untuk digunakan bagi membawa muatan, tentera dan apa sahaja kenderaan perang mengikut kandungan kuantiti yang banyak. Rentasan sebuah Galleon Pada sekitar tahun 1580an, hanya beberapa buah negara sahaja di Eropah yang mempunyai kemampuan dan kepakaran untuk membina Galleons, seperti Turki, Portugal, Sepanyol dan England. Belanda hanya mula membina Galleons pada sekitar tahun 1590an atau 1600an. Perancis lansung tidak mempunyai armada laut sehinggalah kurun ke 17. Galleon pertama mereka hanya dibeli pada 1620an daripada Belanda. Hanya Aceh dan Johor sahaja negara bangsa bukan eropah yang menjadi pengeluar Galleons pada sekitar 1580an hingga 1600an. Setelah membuat sedikit rujukan-rujukan mengenai Galleon-Galleon melayu ini, saya mendapati ianya adalah sejenis kapal perang