Skip to main content

Berakhir kesultanan Sulu

 BERAKHIRNYA KUASA KESULTANAN SULU APABILA TAUSUG MEMBIARKANNYA JATUH DAN HILANG.



1> Tahukah anda bila institusi kesultanan Sulu "terhenti dan berakhir"? Ia berakhir pada tahun 1936 setelah sultan terakhir yang berdaulat telah mangkat. Sultan terakhir ini bernama Sultan Muhammad Jamalul Kiram II bin Sultan Muhammad Jamalul Alam. Kuasa kesultanan berhenti total ditinggalkan oleh Tausug setelah kedatangan tentera Jepun pada Perang Dunia ke-II antara 1940 hingga 1945. Perang Dunia ke-II inilah salah satu faktor penyebab berakhirnya Kesultanan Sulu seterusnya era UNITED NATION pun bermula. 


2> Tahukah anda bahawa Sultan Sulu terakhir itu masih berkuasa di Sandakan menaungi Pemerintah British (Penyewa North Borneo) dari 1890 hingga 1936? Istananya masih wujud hingga hari ini di puncak Tangga Seribu berjiran dengan Rumah Agnes Keith? (Sultan hanya perlu berjalan kaki menuruni tangga bawah sedikit untuk sampai ke Masjid Jame' Syeikh Hasbullah At-Takhiri bersolat fardhu Jumaat. Hingga hari ini Jalan Istana masih wujud.)


3> Tahukah anda Sultan Sulu terakhir inilah Sultan yang paling KAYA DI DUNIA kerana memiliki 617,000 metrik tan jongkong emas? Setiap kali Baginda tiba ke Sandakan dari Jolo, Penyewa North Borneo British akan menyambutnya dengan kawad hormat bahkan ketika tiba di Singapore pemerintah British menyambutnya dengan melepaskan beberapa das tembakan keudara di samping kawad hormat.


4> Pakatan USA dan BRITISH merapatkan hubungan "Luar Biasa" pada Sultan Sulu terakhir ini hanyalah semata-mata mahukan JONGKONG EMASnya dapat dilabur ke USA dan UK dan beberapa negara lain. Baginda dibawa ke USA dan beberapa negara termasuk berjaya naik haji ke Makkah (*kemungkinan Makkah Madinah ketika itu sudah jatuh ke tangan British dibawah penjagaan Bani Saud). Mungkin juga Baginda berjaya menandatangani perjanjian pelaburan itu, kemudiannya semua dokumen Baginda telah dicuri dari dalam hotelnya di Singapura. Diperkirakan juga bahawa dokumen asal PAJAKAN SABAH turut sama dicuri.


5> Beberapa bulan selepas Baginda kecurian dokumen di Singapore, Baginda pun mangkat dipercayai diracun. Menurut beberapa sumber Baginda mangkat di North Borneo pada 1936. Kemangkatan Baginda menyebabkan kehuru-haraan dikalangan para Datu Istana Maimbung sehingga Datu Rajamuda (Ladjamura) Mawallil Wasit naikh takhta tapi mangkat beberapa minggu kemudian kerana diracun. Maka naiklah pula Sultanah Piandao (anak saudara Sultan Jamalul Kiram II) bersama suaminya Datu Omra Amilbangsa (Datu Iranun Borneo?) tapi ditentang oleh para Datu.


6> Kerajaan Sulu yang huru-hara di Istana bukan sahaja disebabkan perebutan takhta siapa yang patut gantikan Almarhum Sultan Jamalul Kiram II yang "mandul" itu (tanpa anak walaupun ramai isteri) tapi juga disebabkan rakyat TAUSUG yang sudah lama benci kepada institusi istana yang mereka anggap korup dan talibarut kafir USA. 


7> Peristiwa pembunuhan beramai-ramai (hampir 4,000 orang) Tausug oleh USA pada awal 1900an hingga 1930an di puncak Bud Bagsak dan Bud Dahu' menyebabkan ramai para Datu dan Sharif lari dari Jolo menuju ke Borneo, Basilan Sambuangan, Tawi-Tawi dan Palawan sambil melupuskan pangkat DATU dan SHARIF mereka (tidak semuanya bertindak melupus pangkat). Di waktu inilah yang dikatakan ramai Bangsawan Tausug NAGLUPUS SIN PANGKAT.


8> Tahukah anda bagaimana kedudukan harta karun jongkong emas Sulu seberat 617,000 metrik tan itu? Sebenarnya sejak dari awal Almarhum Sultan Jamalul Kiram II telah melantik Trustee 2 orang iaitu dari keluarga Overback Raja Sandakan (British) dan seorang padri katolik yang ada kaitan dengan Vatican.


9> Sepertinya perancangan Perang Dunia ke-II semakin dekat dan gusar dengan kemaraan Tentera Jepun maka pada tahun 1939 itulah jongkong emas Sulu dibawa ke Vatican Italy atau pun ke England. Itupun setelah President Commonwealth of the Philippines di bawah USA itu membuat pengisytiharan sepihak yang membawa maksud bahawa "Selepas kemangkatan Sultan Jamalul Kiram II maka Kesultanan Sulu sudah tidak ada lagi". Tiada reaksi langsung dari rakyat Tausug dan istana Maimbung pun tidak dapat berbuat apa-apa kerana sedang sibuk bercakaran.


10> Setelah jongkong emas selamat di bawa ke Eropah maka meletuslah perang dunia ke-II. Tausug yang sudah tinggalkan Kesultanannya itu kini berperang pula melawan Jepun. Ketika era Jepun inilah Tausug mula berasakan kerugian besar kehilangan identiti bernegara kerana kehilangan institusi kuasa kesultanannya. Ketika era jepun inilah Tausug di North Borneo dan Sulu terpaksa memihak British dan USA sehinggakan British dan USA mendapat keuntungan besar memanfaatkan kepahlawanan Tausug menentang Jepun.


11> Di North Borneo tentera Jepun sangat anti Orang Suluk kerana penentang utama askar Jepun ialah pahlawan Suluk. Dalam catatan sejarah Sabah, labih 4,000 pahlawan Suluk bersama isteri dan anak-anak mereka disembelih oleh tentera Jepun. Demikian di Jolo juga, tiada keamanan buat tentera Jepun kerana sering diserang hendap oleh pahlawan Suluk. Kemunculan Tun Datu Mustapha sebagai ketua pahlawan Suluk melawan Jepun tidaklah dapat dimungkiri. Beliau dilatih oleh USA bersama pahlawan Jolo untuk digunakan menentang JEPUN yang akhirnya berjaya. 


12> Berakhirlah Perang Dunia ke-II dan muncullah dua pemimpin terkenal iaitu Datu Mustapha bin Datu Harun (North Borneo) dan Ferdinand E Marcos (Peguam Kesultanan Sulu untuk uruskan jongkong emas Sulu sebelum jadi presiden Filipina) yang mana kedua-duanya bertanggungjawab mencetuskan perang Moro 1972 bertitik tolak dari KUASA TAUSUG DAN KESULTANANNYA.


#Artikel asal ditulis oleh saudara Asree Elaji bertarikh 3/2/2018 dalam FB group #TausugSabahan. Beliau juga adalah penulis buku Tausug dan Kesultanan Sulu 2007.


Sumber: Nusantara Timur.


Comments

Popular posts from this blog

Kisahnya

Misteri Danau Tok Uban dan Kisah Bukit Panau digg Assalamualaikum. Kalau hendak dihitung memang tak terkira banyaknya tempat-tempat misteri di negara kita. Selalunya sesuatu yang misteri itu dianggap sebagai tahyul dan hanya rekaan semata-mata atas sebab tertentu. Contohnya cerita-cerita berkaitan dengan hantu ataupun pantang larang orang tua-tua. Ianya tak lari daripada tujuan yang baik tetapi dengan cara yang menakut-nakutkan orang. Itu cara orang dulu-dulu. Tapi tidak semua yang misteri itu adalah tahyul. Kita kena akui ada perkara yang di luar tahap pemikiran logik kita walaupun ianya susah untuk diterima. Hanya orang yang ‘terpilih’ saja yang boleh ‘merasa’ kemisterian sesuatu tempat atau perkara berdasarkan anugerah daripada Allah s.w.t. Bagi aku yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dalam diri ni hanyalah sekadar berminat untuk mengorek cerita dan untuk mengetahui sejarahnya serta apa rahsia yang terdapat di suatu tempat tersebut. Salah sat

Perjuangan sebenar Tok Janggut

Saya yakin ramai yang mengenali Tok Janggut. Tetapi berapa ramai yang benar-benar tahu tentang kisah hidupnya? Kewujudan Tok Janggut dan perjuangannya pasti ada kaitan dengan nasib malang yang menimpa umat Islam seluruh dunia ketika itu, iaitu kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924. Cuba fikirkan, betapa selama ini sejarah kita telah diputar belit oleh X   kuffar . Mereka berjaya mengalihkan pandangan seorang pelajar sekolah, bahawa perjuangan seorang Tok Janggut adalah kerana mempertahankan kuasa politik tradisional dan membantah cukai semata, sedangkan beliau sebenarnya mempertahankan Al-Haq! Malah mereka telah berjaya melabel dan menanamkan dalam pemikiran kita bahawa Tok Janggut adalah penderhaka dan pemberontak. X  kuffar telah berjaya memanipulasi pemikiran umat islam di nusantara ini ( baca: gugusan kepulauan melayu ), bahawa tahap tertinggi dicapai bagi seorang Islam adalah apabila ia telah berjaya dan selesai mengerjakan haji ke makkah al-mukarramah. P

ASAL USUL NAMA KEDAH, LAMBANG KEDAH DAN LAMBANG NUSANTARA

Menurut sumber maklumat yang diwasiatkan oleh Yang Teramat Mulia Penghulu Tajar Kedah Tuanku Nai Long Mahmud cucu Maharaja Melayu Sultan Jaafar Muadzam Shah, makna Kedah dalam bahasa Melayu Siam ialah berasal dari perkataan KEDAT yang bermaksud Kertas atau Watikah. Dalam bahasa Thai pula menyebut Kradat. Watikah ini ialah satu amanat yang dibawa oleh Merong Mahawangsa ke Nusantara. Setelah Maharaja Empayar Islam China Dinasti Tang Maharaja Sai Tee Song pada tahun 650M memeluk Islam, baginda telah mengarahkan cucunya Sultan Muzaffar Shah Merong Mahawangsa membuka kerajaan di Nusantara. Dalam penulisan sekarang kononnya Kedah berasal daripada perkataan Mangkuk Padi. Cuba anda semua lihat dengan teliti rajah dibawah ini; Cubaan kerajaan British untuk menukar nama Kedah (Watikah) kepada Kedah Mangkuk Padi bermula pada zaman Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwaz bin al-Adilin Muadzam Shah lagi sepertimana mereka menukar nama Bandar Hilir Kota Portugis kepada nama M