Misteri Danau Tok Uban dan Kisah Bukit Panau
Assalamualaikum. Kalau hendak dihitung memang tak terkira banyaknya tempat-tempat misteri di negara kita. Selalunya sesuatu yang misteri itu dianggap sebagai tahyul dan hanya rekaan semata-mata atas sebab tertentu. Contohnya cerita-cerita berkaitan dengan hantu ataupun pantang larang orang tua-tua. Ianya tak lari daripada tujuan yang baik tetapi dengan cara yang menakut-nakutkan orang. Itu cara orang dulu-dulu.
Tapi tidak semua yang misteri itu adalah tahyul. Kita kena akui ada perkara yang di luar tahap pemikiran logik kita walaupun ianya susah untuk diterima. Hanya orang yang ‘terpilih’ saja yang boleh ‘merasa’ kemisterian sesuatu tempat atau perkara berdasarkan anugerah daripada Allah s.w.t. Bagi aku yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dalam diri ni hanyalah sekadar berminat untuk mengorek cerita dan untuk mengetahui sejarahnya serta apa rahsia yang terdapat di suatu tempat tersebut. Salah satu lokasi yang aku rasa sesuai untuk dijadikan permulaan adalah Danau Tok Uban di mana terletaknya sebuah masjid indah bernama Masjid Brunei Darussalam di tebing tasik yang terbentang luas. Sejarah pembinaan Masjid Brunei Darussalam boleh dibaca dalam entri ini, dan untuk melihat gambar-gambar sekitar masjid pula boleh ke entri ini.
Siapa Tok Uban?
Semasa dalam perjalanan dari Pasir Mas menghala ke Tanah Merah, aku ternampak sign board jalan yang menghala ke Tok Uban ataupun dieja dengan To’ Uban yang aku kira sebagai ejaan asal bagi Tok Uban. Aku tertarik dengan nama Tok Uban itu sendiri. Siapa Tok Uban? Atau…apa itu Tok Uban? Sama ada ianya nama seseorang ataupun sekadar nama sesuatu benda. Pasir Mas dan Tanah Merah ni dekat juga dengan sempadan Siam. Ada kemungkinan nama Tok Uban itu berasal daripada perkataan Siam yang boleh membawa maksud macam-macam. Hasil daripada pembacaan di Internet akhirnya terjumpalah jawapan bagi persoalan ni.Tok Uban ni adalah nama seseorang. Kemungkinan besar dialah yang membuka tempat bernama Tok Uban yang terletak di Pasir Mas ni. Nama sebenar Tok Uban adalah Haji Sulaiman yang kuburnya sekarang dijaga oleh cucu-cucunya. InsyaAllah kalau ada masa bolehlah aku cari kubur arwah Tok Uban ni. Boleh juga tanya cucu-cucunya sama ada betul atau tidak datuk diorang ni yang membuka tempat bernama Tok Uban.
Ada juga yang mengatakan Tok Uban adalah seorang lelaki bertaraf wali yang mempunyai pelbagai ilmu. Ada beberapa orang yang mengaku pernah berguru dengan Tok Uban. Lagi misteri apabila dikatakan Tok Uban adalah jelmaan sepanjang zaman. Tak perlu rasanya nak cerita lebih lanjut pasal ni sebab ianya sangat jauh untuk diterima oleh akal kita.
Misteri Danau Tok Uban
Sekarang kita masuk cerita pasal Danau Tok Uban pula. Seperti yang kita tahu Masjid Brunei didirikan di tebing tasik yang luas. Tasik atau lebih tepat disebut danau dahulunya dikatakan adalah tempat di mana Empayar Kota Chermin berada. Ada yang menyebut Empayar Chermin, Kota Chermin dan Negeri Chermin. Dalam cerita ni kita kekalkan dengan panggilan Kota Chermin iaitu Kelantan Purba.Kota Chermin adalah sebuah negeri (Kelantan Purba) dengan ibu kotanya dikenali sebagai Jiddah dan menjadi pusat perdagangan melalui Sungai Kelantan. Ianya juga ada kaitan dengan zaman Nabi Sulaiman a.s. Dahulunya sihir dan ilmu ghaib menjadi mainan. Mengikut sejarah Nabi Sulaiman a.s. memang pada zaman itu sihir bukanlah sesuatu yang asing. Tapi sampai satu tahap ianya dihapuskan dan kitab-kitab yang mengandungi ilmu-ilmu sihir tersebut telah disembunyikan oleh Nabi Sulaiman a.s. di Temple of Solomon (Kuil Sulaiman) yang terletak di bawah Masjidil Aqsa yang pihak Zionis giat duk menggali sekarang ni untuk membangkitkan semula era dunia sihir. Maklumat lanjut berkaitan dengan hal ini boleh baca di sini.
Ditakdirkan Allah s.w.t. terjadilah bencana alam yang dahsyat hingga Sungai Kelantan ditutup lalu terbentuklah Selat Melaka yang menjadi pusat perdagangan dunia terulung ketika itu. Ada yang mengatakan bencana alam yang dimaksudkan adalah gempa bumi, ada juga mengatakan tsunami. Namun kedua-dua bencana alam tersebut memang saling berkait rapat. Dan bermula dari bencana alam itulah terpisah antara Semenanjung dan Sumatera yang dulunya ia bersambung. Jiddah pula ditenggelami air lalu membentuk danau yang sekarang ni dikenali sebagai Danau Tok Uban.
Dikatakan Jiddah mempunyai harta emas yang sangat banyak. Atas sebab itulah Pasir Mas (Emas) dan Tanah Merah mendapat nama. Secara ringkasnya di dasar Danau Tok Uban terdapat harta yang tenggelam tetapi misterinya timbul apabila ada pihak yang cuba untuk mengambil beberapa harga yang tenggelam tersebut gagal untuk membawanya naik ke permukaan. Menurut orang yang mempunyai pandangan kasyaf di kawasan tersebut, harta-harta yang terkandung di dasar Danau Tok Uban bakal digunakan pada akhir zaman semasa kebangkitan semula Islam.
Terdapat beberapa hadis yang ada menyebut tentang Timur. Antaranya:
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: “Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.”Ada pendapat mengatakan Timur yang dimaksudkan ada kemungkinan ialah Danau Tok Uban, di mana segala yang tersirat tersimpan.
Sabda Nabi s.a.w.: “Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)
Berkaitan dengan Kota Chermin yang tenggelam, ianya ada kaitan dengan orang Kelantan yang biasanya lebih sinonim dengan emas dan kebanyakan pakar pertukangan emas adalah daripada kalangan orang Kelantan. Aku tak boleh nak ulas lanjut pasal ni sebab memang tak tahu. Tapi korang boleh selidik sendiri. Yang aku tahu Majalah Tiga pernah buat jurnal berkenaan dengan emas di Kelantan. Oh ye, buat pengetahuan Pasir Mas dan Tanah Merah adalah bersempadan.
Kisah Bukit Panau
Selain Danau Tok Uban, Bukit Panau yang terletak di Tanah Merah dan berhampiran dengan Danau Tok Uban juga menjadi salah satu daya penarik untuk aku terus mengorek rahsia dan misteri yang berlaku satu ketika dulu. Ada pihak mengatakan Mount Ophir yang disebut dalam kitab Yahudi yang merujuk kepada Gunung Ledang di mana Nabi Sulaiman a.s. pernah sampai ke sana sebenarnya adalah Bukit Panau setelah kajian dibuat. Tak tahu pula kajian macam mana yang diorang buat. Taip itu tak penting. Yang hendak aku sampaikan adalah kisah antara Sayyid Hussein Jamadil Qubra dan juga Laksamana Hang Tuah di Bukit Panau.Sayyid Hussein Jamadil Qubra
Sayyid Hussein Jamadil Qubra adalah ketua Wali 7 yang bermudik dengan kapal dari Mekah bersama adiknya Syeikh Thana’uddin lalu singgah sebelah Bukit Panau sekitar tahun 1349 Masihi selepas membina Masjid Kg. Laut iaitu masjid tertua di Malaysia yang struktur binaannya adalah tanpa paku. Masjid Kg. Laut pada asalnya terletak di Kampung Laut berhampiran Sungai Kelantan tetapi dipindahkan ke Nilam Puri bertentangan dengan UM Cawangan Kampus Islam atas sebab tapaknya semakin terhakis dan ditenggelami air yang sekarang ni dah menjadi sungai. Mungkin sejak itulah Kampung Laut mendapat nama. Aku pernah solat Maghrib kat Masjid Kg. Laut ni dua tahun lepas. Perasaannya betul-betul tak sama kalau nak dibandingkan dengan masjid moden sekarang ni. Bukan sebab perbezaan struktur dan zaman, tapi…entahlah. Susah nak cakap. Misteri.Salah seorang anak Sayyid Hussein Jamadil Qubra dihantar untuk berdakwah ke Borneo dan diangkat menjadi Sultan Brunei dengan gelaran Sultan Berkat yang merupakan nenek moyang raja-raja kepada Sultan Brunei sekarang. Maka terjawablah persoalan yang timbul dalam entri Sejarah Masjid Brunei Darussalam yang lepas.
Laksamana Hang Tuah
Adik kepada Sayyid Hussein Jamadil Qubra iaitu Syeikh Thana’uddin menetap di Bukit Panau sebagai tempat pertapaan. Di Bukit Panau inilah Laksamana Hang Tuah datang berguru dengan Syeikh Thana’uddin yang menggunakan nama gelaran Adi Putera setelah berjalan selama 7 hari 7 malam dari Kota Melaka sekitar tahun 1400 Masihi.Dikatakan juga Hang Tuah adalah guru kepada Allahyarham Dato’ Paduka Meor Abdul Rahman iaitu Mahaguru Silat Seni Gayong yang sangat terkemuka. Maksud guru yang dinyatakan bukanlah secara direct kerana Hang Tuah dan Meor Abdul Rahmanadalah daripada dua zaman yang berbeza. Allahyarham Meor Abdul Rahman dilahirkan 17 haribulan Ogos 1918 di Kampung Lake Garden, Taiping, Perak. Mustahil mereka berdua boleh berjumpa dalam jarak masa yang terlalu jauh.
Guru yang dimaksudkan adalah melalui mimpi yang dialami oleh Meor Abdul Rahman semasa beliau ke Mee Nam, selatan Thailand. Hang Tuah telah meludah ke dalam mulut Dato’ Meor untuk menurunkan ilmunya. Nak tahu lebih lanjut boleh baca tentang Biodata Dato’ Meor Abdul Rahman.
Itulah serba sedikit sejarah dan kisah yang dapat aku kongsikan. Kalau nak cerita lagi memang panjang. Tak larat nak cerita semua. Kalau korang nak tau lebih detail bolehlah baca artikel-artikel berikut yang menjadi antara rujukan aku dalam tiga entri ni.
- Kisah Wali 7 dan Asal-usul Bukit Panau
- Empayar Chermin
- Keturunan Sayyid Hussein Jamadil Qubra
- Kemunculan Panji Hitam dari Ufuk Timur
- Siapa Panji Hitam dari Ufuk Timur?
InsyaAllah kalau ada info baru berkenaan dengan perkara-perkara ni akan aku update nanti. Sekarang ni dalam perancangan nak ke Masjid Brunei sekali lagi dan juga nak tinjau Bukit Panau. Manalah tahu, tiba-tiba kat Bukit Panau boleh terjumpa dengan Adi Putera, boleh belajar silat nanti hehe. Kata-kata ni bukan sekadar gurauan…ianya ada kaitan dengan mimpi yang aku alami lepas lawat Masjid Brunei hari tu.
http://blog.amirez.com/misteri-danau-tok-uban-dan-kisah-bukit-panau/
Bagus2.saya orang pasir mas dan kahwin dgn org to' uban.
ReplyDeleteKenapa yer?
DeleteTambahan: sy mencari asal usul keturunan saya, banyaklh pulak dpt info baru.
ReplyDeleteSejarah islam dan melayu sangat hebat yang kita tidak
ReplyDelete