Ramai yang beranggapan sejarah
Malaysia adalah seperti yang tercatat di buku-buku teks sekolah. jika
kita teliti kembali perjalanan sejarah Malaysia, seperti terdapat banyak
lompong-lompong dalamnya. Kita sedia maklum akan sejarah semenanjung
Malaysia banyak berkisarkan era kesultanan
Melayu Melaka bermula dari
Parameswara
(1400 masihi) hingga ke era pasca moden Malaysia. Apa yang menjadi
tanda tanya adalah ke mana hilangnya sejarah sebelum itu? kita tahu
Langkasuka,
Gangga Negara,
Lembah Bujang, dan
Chi Tu tapi semua ini diketepikan oleh kerana asal kerajaan yang bukan beragama Islam (pendapat penulis).
Dalam portal dibawah kementerian penerangan, sejarah ringkas malaysia
bermula dari era kesultanan Melayu Melaka. Dengan berlandaskan slogan
'tepat dan bermaklumat' adalah tidak wajar untuk tidak memasukkan serba
sedikit sejarah lampau Malaysia. Aktiviti pencarian sejarah lampau
Malaysia memerlukan ekskavasi secara meluas dan semesti nye melibatkan
peruntukan yang banyak.
Lembah bujang merupakan salah satu tinggalan yang menarik untuk
dikaji. Sepanjang penyelidikan before ini, ramai ahli kaji sejarah
beranggapan Srivijaya begitu dominan pada 2000 tahun dahulu dan
lembah bujang hanya sebuah negara kecil. Tanggapan itu berubah apabila
sekumpulan penyelidik dari tempatan dan luar negara menemui perusahaan
besi di lembah bujang yang mengejutkan sume pihak!
Anggaran awal keluasan bandar purba lembah bujang ini adalah 400 km persegi tapi hasil pembentangan dari USM di conference antarabangsa mengenai sejarah awal asia tenggara menunjukkan bahawa saiz sebenar lembah bujang adalah 1000 km persegi (3 kali ganda dari pulau pinang tu!). Apa yang lebih menarik adalah ekonomi rakyat ketika itu telah berkembang pesat dan maju pada era tersebut. Menurut Prof Stephen James Oppenheimer dari Pusat Pengajian Antropologi University of Oxford, sejarah Asia Tenggara perlu di kaji dan di tulis semula kerana penemuan ini adalah antara terawal.
Bentuk Candi awal di Lembah Bujang
Jika apa yang dikatakan itu benar maka kita seharusnya merasa bangga
akan sejarah silam dan mengambil ikhtibar di atas apa yang berlaku
kepada mereka sehingga musnah ditelan zaman. Lembah bujang pada pendapat
kami mungkin mampu menaikkan semangat cintakan negara kerana selama ini
kita selalu di canang dengan sejarah 'hebat' barat sehinggakan membuat
kita merasa 'kecil' dimata dunia. Diharap pihak bertanggungjawab tidak
mengabaikan penemuan ni kerana ia merupakan aset negara. Dari sini kita
percaya 'the lost city of black stone' (kota batu hitam yang hilang) di Johor pasti akan dijumpai.
Ukiran patung menari menunjukkan pengaruh hindu
kite akan berkisar lagi
dengan Lembah Bujang dan sekeliling nye. Ramai beranggapan (tak kire la pakar
arkaelogi maupun rakyat Malaysia sendiri) bahwa Angkor Wat di Kemboja dan Borobodur
di Indonesia merupakan terawal di Asia Tenggara..ye betol memang terawal tapi
sudah pasti bukan paling awal…hah, mesti terpikir mane tetibe kami di sini nak
claim cam tu kan? Menurut penemuan baru-baru ini oleh kumpulan kajian USM di
Sungai Batu dalam Lembah Bujang dijumpai tempat aka kilang pemproses besi yang
di anggar berusia 50 tahun hingga 100 tahun before Masihi berdasarkan Carbon
Dating yang di antar sampel ke Jepun, USA dan Korea bagi kepastian. Untuk Angkor
Wat dan Borobodur akan ade kisah laen di siri akan datang kerana terdapat
rahsia sejarah yang menarik mengenai kedua-dua bangunan epik ini.. catatan seorang pengembara Arab,Abu
Dulaf al-Muhalhil yang berasal dari Bukhara,telah singgah di Kalaha (Kedah)
pada tahun 940 Masehi:
"Apabila
saya sampai di Kalah, saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok
kota, taman-taman bunga dan aliran mata-mata air dari bumi. Saya lihat lombong
bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya dalam dunia ini. Di dalam kota ada
tukang-tukang membuat pedang "qala'i" iaitu pedang Hindi yang
tulen…seperti di negeri China, terdapat orang-orang yang tidak menyembelih
ternakan yang mereka makan. Penduduknya mempunyai sistem keadilan dan mempunyai
penjara serta hukuman denda.."
Focus kite tetap
Lembah bujang.. Lembah bujang boley dikategorikan sebagai pusat Metropolitan
pada zaman nye. Walaupun kite tau yang Chi Tu wujud 100 before Masihi tetapi
tarikh itu merupakan teori penubuhan kerajaan Chi Tu di Kelantan. Di Lembah
Bujang ni dh wujud Metropolis antara 50 – 100 BC bermakne kerajaan yang
mendiami Lembah Bujang telah lame bertapak dan maju!. Sezaman dengan Rome
Empire, Chinese Empire ketika era Tang dan Sui telah mencatatkan akan wujudnye
kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara di mane mereka merujuk kepada satu bangsa
bernama Kunlun atau Louyu atau moden nye Melayu. Dalam catatan mereka ada
menyatakan kerajaan-kerajaan Melayu purba sejauh Myammar sekarang hingga ke
Indonesia sekarang. Kite dalam buku teks sejarah hanye berkisarkan di
semenanjung Malaysia. Pade pendapat kami, mungkin untuk mengelakkan
persengketaan diantara Negara ASEAN maka tidak diceritakan secara terperinci
oleh sejarahwan barangkali? Menurut catatan orang Khmer, ade dengan jelas
mengatakan terdapat kerajaan dari Malayang di tempat mereka dan memberi layanan
baik kepada mereka. Hubungan Khmer dan Melayu dah lame wujud dan menjadi
perkara biase orang Melayu berkawen dengan orang Khmer ketika itu. Manuskrip
lame Khmer pun banyak menceritakan raja dari Malayang (kerajaan Melayu) ketika
itu. Manuskrip tersebut lebih lame dari dijangkakan. Ini membuatkan pengkaji
sejarah Khmer menyatakan kerajaan-kerajaan ini adalah kerajaan pra-Srivijaya
(kerajaan Agung Melayu dari Sumatra). Lembah Bujang boleh dikatekan sebagai
pusat pertemuan kerajaan-kerajaan Melayu purba seperti Langkasuka dan Kedah Tua
(Kedah), Gangga Negara dan Beruas (Perak), Battambang (Kemboja), Ttambinga (Thailand)
barangkali kerana menurut catatan yang ditemui di kemboja dan Myammar,
kerajaan-kerajaan ini more like City-state seperti yang kite pelajari dalam
sejarah Greek dan Rome. Banyak lagi kerajaan-kerajaan yang berada dalam
lingkungan era tersebut dan seperti catatan Chén Shòu 陳壽
(233–297)
terdapat sebuah kerajaan yang ditubuhkan oleh Huntian (chinese given
name) berasal dari kerajaan selatan (semenanjung Malaysia atau
Indonesia) diberi name Funan. Sekarang
ni terdapat teori baru mengenai Funan bahawa Funan bukan sebuah kerajaan
tapi
merangkumi gabungan kerajaan-kerajaan menjadi satu identiti dan mungkin
Huntian
ni menyatukan mereka dalam persekutuan dan boleh jadi antara kerajaan
persekutuan terawal di dunia dan yang menariknye Langkasuka seperti
terlepas dari gabungan tersebut! it mean Langkasuka bukan kecil2
kerajaan kerana Funan pade era tersebut empire yang kuat. pade pendapat
kami Langkasuka tu sendiri merangkumi Gangga Negara, Beruas, Patani,
Kedah Tua dan Langkasuka tu sendiri sebagai satu entiti persekutuan
jugak. terdapat juge teori dimane kerajaan Melayu di segenting kra juga
mungkin bersame Langkasuka berdasarkan catatan dari kerajaan China
ketika itu. sejarah Melayu lama atau purba jika disingkap agak menarik
dan dari sini kite boley tau akan kewujudkan kite di bumi bertuah ini
dah lame dan ini memang tanah tumpah kite. jika diteliti dari map moden,
dari vietnam ke Myammar hingga lah ke indonesia sume ade kesan dari
nenek moyang kite..ape yang dapat kite konklusikan adalah kite serumpun,
lahir dari tanah same dan keturunan juge mungkin same tapi mungkin
kerana perbezaan agama maupun pengangan membuatkan kite terpisah seperti
negara yang wujud sekarang.
lhttp://kautahutak.blogspot.com/2012/09/sejarah-yang-hilang-di-malaysia-part-1.html
knapa x start sejarah di tanah melayu sejak dr nabi adam je,apa yg ada d tanah melayu masa zaman nabi adam,ceritakan semua smpailah ke hari ini
ReplyDeleteParameswara wujud ka??
ReplyDelete