Skip to main content

Bunga Mas menurut orientalis

 

Bunga Emas :  Tanda Persahabatan atau naungan.




Kalau Kita mengupas tentang isu Bunga Emas, pasti perkara ini akan melibatkan soal Thai dan negeri-negeri Melayu Utara. Hal ini Kerana Bagi Kedah , Kelantan dan Terengganu terutamanya Bunga Emas adalah tanda persahabatan dan bersaudara ataupun sebagai hadiah kepada kelahiran anak lelaki Raja Thai seperti mana yang terkandung di dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Namun Selepas Kejatuhan Ayuththaya pada 1767, Bunga Emas ini seolah-olah menjadi satu jawapan bagj semua negeri yang bersempadan dengan Thai.

Setelah runtuhnya Dinasti Thonburi dan bangkitny Dinasti Chakri, Kewajipan menghantar bunga Emas dan Perak adalah satu tanggapan Thai bahawa memjadi kemestian kerajaan Kedah dan negeri Melayu di Utara untuk memberinya kerana taraf mereka sebagai jajahan takluk Thai. Ahli Sejarawan Kedah secara amnya tetap menganggap bunga Emas dan Perak dihantar setiap 3 tahun sekali adalah tanda persahabatan antara kerajaan Thai dan Kerajaan Kedah. Menurut Hugh Clifford nilai sepohon emas adalah sebanyak 1000 pound. Menurut Inskripsi Sukhothai pada tahun 1283-1306 menyebut tentang kerajaan yang menghantar bunga Emas dan perak kepada sukhothai melalui Ligor dan selepas kejatuhan Sukhothai pada 1350, dasar ini diteruskan oleh kerajaan Ayyutthaya di mana bunga Emas dan Perak akan dikumpulkan setiap 3 tahun sekali negeri yang terlibat ialah:

1. Ujung Tanah

2. Melaka (Melaka menghantar ufti sebanyak 48 auns Emas dan sekiranya ufti tidak dihantar maka mereka akan diserang. pada zaman Sultan Muazaffar Melaka diserang 3 kali namun gagal)

3. Melayu

4. Muar

5. Tenang Sri

6. Perak

7. Thawai

(7 wilyah ini menghantar 3 bunga Emas 3 bunga Perak setiap 3 tahun sekali)

I. Senggora

II. Patthalung

III. Phangnha

( 3 wilayah ini menghantar 2 bunga emas dan 2 perak setiap 1 tahun sekali dan dikumpul selama 3 tahun.)

jumlah kseluruhan 18 bunga Emas dan 18 perak ini akan dikumpul oleh kerajaan Ligor sebelum diserah kepada kerajaan Ayyuthaya. Selain itu menurut kata Mandiarapala (Undang-undang kerajaan) disenaraikan kota-kota lain yang menghantar ufti ke Bangkok iaitu Nagara Huan, Sri Satanaguhata, Chiengmai, Ton U, Chiengkari, Chiengkran, Chiangsaen, ciengrung, Chiengrai, Hsenwi, Khermaja, Pharae, Nan, Taidon, Gotrapon, Reo Kaeo, Varavari.

Di dalam hikayat Nakhon Sri Thammarat, pula menyimbolkan 12 negero yang berada di bawah kuasa mereka berdasarkan kalendar naksat:

1. Tikus: Saiburi

2. Kerbau: Pattani

3. Harimau: Kelantan

4. Arnab: Pahang

5. Ular Besar: Kedah

6. Ular kecil: Patthalung

7. Kuda: Trang

8. Kambing: Chumpon

9. Monyet: Krabi

10. Ayam: Songkla

11. Anjing: Takua Pa

12. Babi: Kraburi

12 negeri ini merupakan negeri yang berada di bawah pengaruh Ligor. Isu Perihal Bunga Emas ini masih diperdebatkan oleh semua semua sejarawan yang mengkaji tentang hubungan Melayu-Thai. Ada yang mengatakan bahawa Bunga Emas dari negeri-negeri melayu adalah tanda persahabatan diantara Melayu-Thai sepertimana Melaka-Ming.

Namun Anggapan Mereka yang menerima Bunga Emas adalah sebaliknya dimana menurut Thai apa sahaja bentuk Hadiah itu bermaksud semua negeri-negeri itu tertakluk di bawah penguasaan mereka. Istilah Ufti bermaksud sumbangan wajib atau hadiah/wang perlindungan kerana telah ditakluki atau bersetuju dikawal selia oleh negara lain. Namun bergitu  dalam negeri Melayu terdapat isu berbeza iaitu di Kedah sehingga tahun 1821 tidak pernah dijajah Thai maka Bunga Emas menjadi tanda persahabatan. kemudian 1821 hingga tahun 1909 bunga emas tadi adalah Ufti kerana Kedah telahpun ditewaskan melalui peperangan dan perjanjian. bergitu juga Perak pada tahun 1818-1825 yang terpaksa menghantar ufti ke Bangkok kerana sudah dijajah melalui Kedah. Bergitu juga Kelantan menghantar ufti kepada Siam pada tahun 1802.

Di Sini Dapatlah kita memahami Sejauh manakah bentuk hubungan diantara Melayu-Thai. Walaubagaimanapun Ia tetap berbalik kepada kaca mata bangsa masing-masing dalam menerima keadaan imi walaupun terdapat dakwaan seperti dinyatakan.

Rujukan

1.L.A Mills 2012, British Malaya MBRAS

2. Stuart Munro-Hay, 2001, Nakhon Sri Thammarat: The Archeology, History and Legends Of Southern Thai Town, White Lotus Press

3. G.E Gejrini, 1905, Historical Retrospect Of Junkceylon Island, JSS, Vol 2

4. Frank Swettenham, 1893, An Account Of The Origin and Progress Of Siamese Influence In The Malays Peninsula 1785-1882, W.& A.K. Johnston

5. David K Wyatt, 1967, The Thai ' Kata Mandiarapala' And Malacca, JSS, Vol 55

6. D.G.E Hall, 1973, Sejarah Asia Tenggara, DBP

7. Mohd Herman Roslan, 2018, Gajah Putih Di Bumi Geroda (Perang Melayu-Siam 1767-1842), Syarikat Geroda Merah.


Sumber : 

Sejarah Johor / Muhammad Iqbal Harraz / facebook

Comments

Popular posts from this blog

ASAL USUL NAMA KEDAH, LAMBANG KEDAH DAN LAMBANG NUSANTARA

Menurut sumber maklumat yang diwasiatkan oleh Yang Teramat Mulia Penghulu Tajar Kedah Tuanku Nai Long Mahmud cucu Maharaja Melayu Sultan Jaafar Muadzam Shah, makna Kedah dalam bahasa Melayu Siam ialah berasal dari perkataan KEDAT yang bermaksud Kertas atau Watikah. Dalam bahasa Thai pula menyebut Kradat. Watikah ini ialah satu amanat yang dibawa oleh Merong Mahawangsa ke Nusantara. Setelah Maharaja Empayar Islam China Dinasti Tang Maharaja Sai Tee Song pada tahun 650M memeluk Islam, baginda telah mengarahkan cucunya Sultan Muzaffar Shah Merong Mahawangsa membuka kerajaan di Nusantara. Dalam penulisan sekarang kononnya Kedah berasal daripada perkataan Mangkuk Padi. Cuba anda semua lihat dengan teliti rajah dibawah ini; Cubaan kerajaan British untuk menukar nama Kedah (Watikah) kepada Kedah Mangkuk Padi bermula pada zaman Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwaz bin al-Adilin Muadzam Shah lagi sepertimana mereka menukar nama Bandar Hilir Kota Portugis kepada nama M...

Kisahnya

Misteri Danau Tok Uban dan Kisah Bukit Panau digg Assalamualaikum. Kalau hendak dihitung memang tak terkira banyaknya tempat-tempat misteri di negara kita. Selalunya sesuatu yang misteri itu dianggap sebagai tahyul dan hanya rekaan semata-mata atas sebab tertentu. Contohnya cerita-cerita berkaitan dengan hantu ataupun pantang larang orang tua-tua. Ianya tak lari daripada tujuan yang baik tetapi dengan cara yang menakut-nakutkan orang. Itu cara orang dulu-dulu. Tapi tidak semua yang misteri itu adalah tahyul. Kita kena akui ada perkara yang di luar tahap pemikiran logik kita walaupun ianya susah untuk diterima. Hanya orang yang ‘terpilih’ saja yang boleh ‘merasa’ kemisterian sesuatu tempat atau perkara berdasarkan anugerah daripada Allah s.w.t. Bagi aku yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dalam diri ni hanyalah sekadar berminat untuk mengorek cerita dan untuk mengetahui sejarahnya serta apa rahsia yang terdapat di suatu tempat tersebut. Salah sat...

Kaitan Antara Melayu Kelantan Dan Jawa

salam semua, Kerajaan Bumi Merah [ berpusat di Tanah Merah, bukit Panau- juga disebut Jawa Kotti- titik jawa] Di dalam sejarah China, Suishu ada menyebutkan tentang negeri yang bernama Chih Tu atau “Red Earth”(Bumi Merah) yang merujuk kepada negeri Kelantan. Pensejarah China pada tahun 607 masehi itu memerikan yang Chih Tu berada di sebuah lokasi di ulu Sungai Kelantan yang menghubungkannya dengan penghasilan emas di Ulu Kelantan dan Ulu Pahang. Chih Tu pernah mempunyai hubungan perdagangan dan diplomatik dengan negara China. Kawasan tengah Langkasuka ini hilang kepentingannya apablia Kiu Li (Kuantan) di selatan Langkasuka menjadi penting kerana hubungannya dengan Sungai Pahang. Keberadaan Kelantan di dalam kerajaan Langkasuka pula sukar untuk dipisahkan kerana posisi hubungannya dengan Pattani, di mana Pattani bukan hanya berdiri sebagai ibukota dan pelabuhan Langkasuka tetapi sekaligus sebuah negeri besar yang mempunyai lingua-franka yang sama dengan Kelantan, serta ...