Skip to main content

Posts

Showing posts from November 25, 2012
PIRAMID BERASAL DARI NUSANTARA? Salam. Sebelum saya meneruskan topik diatas saya ingin menyampaikan kekesalan saya terhadap beberapa pihak terutama Kerajaan, Universiti-Universiti tempatan, ahli-ahli sejarah dan yang penting ahli-ahli arkeologi di Malaysia. Apakah yang dilakukan oleh ahli-ahli arkeologi di Malaysia? Mengapa perkembangan kajian mereka begitu lembab berbanding dengan rakan se bidang mereka di negara- negara jiran? Saya pernah bertanya soalan ini dengan Professor saya dahulu, beliau menjawab bahawa ini semua kerana kurangnya support dari kerajaan. Sampai bila mereka hendak duduk menggali di tempat yang sama? Balik-balik lembah Bujang sahaja yang digali cari sedangkan banyak lagi tapak-tapak lain yang tidak kurang hebatnya ada di seluruh hutan belantara Negara ini. Jika mereka masih berada di bawah tempurung dan sentiasa mengharapkan bantuan kerajaan dalam segala hal saya rasa rahsia-rahsia besar ketamadunan Melayu
The Great Malay City States Kekayaan Malay city states hasil manfaat Selat Melaka Beberapa catatan pengembara Eropah mengenai Melaka: “Malacca is such importance and profit, that is has no equal in the world . It is a city state made for merchandise, fitter than any other in the world ..” – Tom Pires. “Melaka adalah satu kepentingan dan tempat mencipta keuntungan yang tidak ada tempat yang sama dengannya di dunia . Ia adalah sebuah negara kota yang dibangunkan untuk perdagangan, lebih maju berbanding tempat-tempat lain di dunia .. " - Tom Pires. --- “Malacca is the richest seaport with the greatest number of wholesale merchants and abundance of shipping that can be found in the whole world ..” – Duarte Barbosa. “Melaka adalah pelabuhan terkaya dengan bilangan peniaga borong paling banyak dan tempat persinggahan perkapalan yang datang dari serata dunia ..” - Duarte Barbosa. --- M elaka sudah lama menjadi sebutan di seluruh

Kisahnya

Misteri Danau Tok Uban dan Kisah Bukit Panau digg Assalamualaikum. Kalau hendak dihitung memang tak terkira banyaknya tempat-tempat misteri di negara kita. Selalunya sesuatu yang misteri itu dianggap sebagai tahyul dan hanya rekaan semata-mata atas sebab tertentu. Contohnya cerita-cerita berkaitan dengan hantu ataupun pantang larang orang tua-tua. Ianya tak lari daripada tujuan yang baik tetapi dengan cara yang menakut-nakutkan orang. Itu cara orang dulu-dulu. Tapi tidak semua yang misteri itu adalah tahyul. Kita kena akui ada perkara yang di luar tahap pemikiran logik kita walaupun ianya susah untuk diterima. Hanya orang yang ‘terpilih’ saja yang boleh ‘merasa’ kemisterian sesuatu tempat atau perkara berdasarkan anugerah daripada Allah s.w.t. Bagi aku yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dalam diri ni hanyalah sekadar berminat untuk mengorek cerita dan untuk mengetahui sejarahnya serta apa rahsia yang terdapat di suatu tempat tersebut. Salah sat