PIRAMID BERASAL DARI NUSANTARA?
Salam. Sebelum saya meneruskan
topik diatas saya ingin menyampaikan kekesalan saya terhadap beberapa
pihak terutama Kerajaan, Universiti-Universiti tempatan, ahli-ahli
sejarah dan yang penting ahli-ahli arkeologi di Malaysia. Apakah yang
dilakukan oleh ahli-ahli arkeologi di Malaysia? Mengapa perkembangan
kajian mereka begitu lembab berbanding dengan rakan se bidang mereka di
negara- negara jiran? Saya pernah bertanya soalan ini dengan Professor
saya dahulu, beliau menjawab bahawa ini semua kerana kurangnya support
dari kerajaan. Sampai bila mereka hendak duduk menggali di tempat yang
sama? Balik-balik lembah Bujang sahaja yang digali cari sedangkan banyak
lagi tapak-tapak lain yang tidak kurang hebatnya ada di seluruh hutan
belantara Negara ini.
Jika mereka masih berada di
bawah tempurung dan sentiasa mengharapkan bantuan kerajaan dalam segala
hal saya rasa rahsia-rahsia besar ketamadunan Melayu di semenanjung ini
takkan terbongkar dalam masa 50 tahun lagi. Kemanakah semangat mereka?
Selama ini tesis-tesis yang saya baca di rak-rak tesis di universiti
juga amat mengecewakan. Kebanyakan tesis hanya membincangkan tentang
manik-manik serta artifak-artifak porselin dan tidak adanya penemuan
agung seperti di negara jiran. Apakah nasib bidang arkeologi di negara
kita agaknya? Alasan demi alasan mereka berikan. Tiada bujet, susah,
tiada alat, memerlukan masa, tiada kepakaran dan sebagainya. Jika ini
berterusan maka bidang arkeologi akan terkubur. Nak mujurlah ada
penemuan penting di sungai batu sebelum ini , kalau tidak tak siapa
didunia ini tahu bahawa Malaysia juga ada tapak arkeologi.
Berbalik kepada topik kita,
sebenarnya sudah ada kajian yang dibuat oleh para arkeologis barat dan
dari negara jiran sendiri yang menunjukkan bahawa budaya piramid
sebenarnya berasal dari Nusantara. Lebih tepat lagi ianya dikaitkan
dengan sebuah benua yang telah tenggelam iaitu Sundaland. Sudah lama
sebenarnya saintis-saintis barat mengeluarkan teori mereka mengenai
Sundaland dan kebanyakan teori ini memang benar. Namun demikian
sebahagian besar ahli-ahli arkeologi , geologi dan Sejarah aliran
perdana masih meraguinya kerana menurut mereka ini semua pseudoscience
dan arkeologi terlarang. Seperti yang kita tahu sebenarnya banyak
penemuan arkelologis yang terpaksa dirahsiakan oleh kerajaan-kerajaan
tertentu kerana ia bercanggah dengan teori-teori ilmuan perdana. Namun
yang benar tetap akan tersingkap walau bagaimana carapun kita menutupnya
bak kata orang Melayu bangkai gajah kalau ditutup akan berbau juga.
Di negara jiran kita Indonesia
beberapa Ahli arkeologi dan geologi ternama mereka sedang giat untuk
membuktikan bahawa sememangnya tanah Nusantara ini wujud sebuah
ketamadunan purba yang tinggi teknologinya. Salah satu teknologi tamadun
purba ini adalah pembinaan piramid. Professor Robert Schoch dalam
kajian beliau ada menyatakan bahawa sebenarnya ilmu pembinaan piramid
bukanlah asli dari Mesir tetapi sebaliknya milik bangsa yang lebih tua
yang berasal dari timur di sebuah benua yang telah tenggelam. Menurut
beliau lagi Sundaland yang tenggelam lebih kurang 70000 tahun yang lalu
telah memperlihatkan penghijrahan satu kaum yang maju yang membawa ilmu
pembinaan piramid ke serata dunia termasuklah Mesir.
Kajian yang dibuat beliau bukan
sahaja menyetuh tentang bukti-bukti arkeologi tetapi juga bukti
linguistik, antropologi, DNA, dan geologi. Oleh itu adalah sukar untuk
menyangkal teori yang dibuat beliau tanpa pengetahuan dalam
bidang-bidang tersebut. Tambah beliau lagi tamadun-tamadun utama dunia
seperti Sumer, China, Bolivia, Peru dan lain-lain mendapat ilmu mereka
dari orang-orang Sundaland yakni Nusantara. Menurutnya lagi manusia dari
Sundaland ini mempunyai ilmu pelayaran yang hebat dan telah berlayar ke
seluruh pelusuk dunia untuk menyebarkan tamadun mereka. Adakah anda
pernah menonton filem 10 000 b.c? jika belum sila tonton kerana dalam
filem itu ada maksud tersembunyi. Jika kita teliti betul-betul dalam
babak akhir filem tersebut setelah kesemua hamba-hamba itu memberontak
para penguasa yang mengarah untuk membina piramid tersebut cuba
melarikan diri dengan sebuah kapal besar yang disembunyikan di belakang
Piramid. Filem ini dengan jelas cuba memberi clue kepada kita bahawa
Pembina piramid datang dari wilayah asing yang jauh.
Mungkin maklumat ini terlalu
asing bagi kalian semua namun sebenarnya kenyataan Prof Robert ini ada
asasnya. Seperti yang telah saya katakana Ahli-ahli arkelologi Indonesia
sedang giat mencari piramid-piramid di seluruh Nusantara dan hasilnya
mereka berjaya menemui beberapa buah piramid dan step piramid yang
berusia beribu-ribu tahun lebih tua dari piramid Mesir! Salah satu tapak
yang telah dikenal pasti oleh geologis dan arkelologis Indonesia ialah
di gunung Lalakon, Bandung. Menurut mereka setelah mereka mengadakan
unjian batuan secara saintifik mereka mendapati dibawah permukaan Gunung
lalakon terdapat bentuk batu-batuan yang seakan-akan dibina manusia dan
bukan terbentuk secara semulajadi. Jika ini benar bermakna Gunung
Lalakon adalah salah satu piramid yang terbesar dan tertinggi di dunia.
Pasukan yang digelar Turangga Seta ini mengklaim masih ada ratusan
piramid lain yang tersebar di seluruh Indonesia. Mereka mengatakan bahwa
piramid-piramid itu tersebar di Sumatera, Jawa, Bali, Kalimantan,
Sulawesi dan Papua. Secara geomorfologis, bentuk Gunung Lalakon di
Bandung mahupun Gunung Sadahurip di Garut memang memiliki bentuk yang
mirip dengan piramid. Mereka memiliki empat sisi yang ternyata simetri.
BENTUK GUNUNG LALAKON ADALAH TIDAK UBAH SEPERTI PIRAMID. MAMPUKAH ALAM SEMULAJADI MEMBENTUK PIRAMID SEBEGINI?
Adakah penemuan ini sama seperti
penemuan di Bosnia. Saya juga mendapat maklumat bahawa penggalian di
Bosnia telah dihentikan kerana kurang bukti ditemui dan dihalang oleh
lembaga Arkeologi yang berpengaruh di dunia. Mengapa mereka betul-betul
takut jika piramid ditemui di Bosnia atau di Indoneisa agaknya?
PUNDEN BERUNDAK DI JAWA BARAT YANG BERBENTUK PIRAMID
Selain daripada Gunung-gunung
yang disebutkan diatas sebenarnya ada banyak lagi tapak lain terutama
tapak megalitik di Indonesia yang mempunyai binaan berupa piramid dan
step piramid. Antaranya ialah Candi Sukuh yang amat terkenal itu. Jika
kita lihat betul-betul Candi ini tidak ubah seperti piramid kaum Maya
dan Aztec di Amerika tengah! Selain Candi Sukuh satu lagi candi yang
hampir serupa ialah Candi Cheto. Semua ini terletak di Pulau Jawa.
Sebenarnya jika kita membuat kajian lebih mendalam ciri-ciri pembinaan
candi-candi di Nusantara adalah amat unik. Hal ini kerana ianya
berasaskan kepada binaan step piramid. Contoh yang paling nyata ialah
candi Borobudur sendiri. Selain Borobudur candi-candi lain seperti Candi
pasemah di Sumatera selatan dan Candi Prambanan terutama di bahagian
atasnya yang melambangkan Gunung Mahameru juga mempunyai asas step
piramid. Jadi pada pendapat saya adalah logik sekiranya kita katakan
bahawa pembinaan piramid adalah tidak asing sebenarnya di Nusantara.
CANDI SUKUH SALAH SATU CANDI UNIK YANG BERBENTUK PIRAMID
CANDI CHETO JUGA BERBENTUK SEPERTI PIRAMID AMERIKA TENGAH
PUNDEN BERUNDAK, SALAH SATU TAPAK MRGALITIK BERBENTUK STEP PIRAMID
CANDI BORUBUDUR JUGA DIBINA DENGAN ASAS PIRAMID
Masjid kampung laut.
Masjid Minang.
Rumah kaum Melayu Merina di Madagaskar juga mengekalkan bentuk 3 segi dan piramid.
Para pengkalji dari UKM sendiri
pernah membuat kesimpulan bahawa di sekitar Tasik Chini ada bukit-bukit
yang berbentuk seperti piramid yang mempunyai empat bucu yang lurus.
Tambahan lagi jika kita lihat senibina rumah-rumah Melayu di seluruh
nusantara maka akan kita lihat tidak hilangnya tradisi piramid dalam
masyarakat kita. Apakah yang saya maksudkan? yang saya maksudkan adalah
senibina bumbungnya yang berbentuk piramid dan antara contohnya ialah
Masjid kampung laut. Apakah semua ini? adakah benar piramid berasal dari
Nusantara? Adakah benar Sundaland adalah Atlantis yang dicari-cari
selama ini? Saya tinggalkan persoalan ini untuk anda semua fikirkan.
Wallah hu a’lam.
Comments
Post a Comment