http://www.youtube.com/watch?v=qQreBYu8AoM
BUKTI KEHEBATAN TAMADUN MELAYU
LEGASINYA
1. Legasi Dalam Bidang Sains
Apakah Tamadun Melayu tidak meninggalkan apa-apa kepada dunia dalam bidang yang sains? Legasi yang boleh kita banggakan? Sebenarnya banyak legasinya, Cuma kita ini bangsa Melayu yang malas mahu mencarinya.

Apabila kita bercakap mengenai peninggalan sebuah tamadun itu dalam
bidang Sains, antara perkara yang kita tidak akan lupakan mengenainya
adalah dalam bidang perubatan. Apakah tinggalan Tamadun Melayu dalam
bidang perubatan?
Untuk pengetahuan kalian, Taj-ul-Muluk atau nama Melayunya, Kitab Mujarrabat Melayu yang setebal 500 mukasurat menceritakan mengenai 147 perkara atau fasal dalam perubatan Melayu yang mengulas mengenai penemuan-penemuan ubatan dan rawatan terhadap penyakit-penyakit dan cara perubatan Melayu.
Tak lebih daripada itu, bahkan ketika zaman penjajahan British, sebuah kitab perubatan orang Melayu telah diambil oleh penjajah British ketika itu sebenarnya telah banyak membantu dalam perubatan di barat. Kitab perubatan itu diberi nama dalam bahasa Inggeris sebagai This is The Medical Book of Malayan Medicine yang kini dimiliki oleh The Pharmaceutical Society of Great Britain sebenarnya telah membantu saintis British menemui rawatan terhadap penyakit lelah dan bronkitis di Barat pada sekitar tahun 1915.
Selain daripada kitab di atas, kitab perubatan yang terkenal dalam Tamadun Melayu juga adalah Kitab Mujjarabat Melayu dan juga Ilmu Tabib di samping banyak lagi penulisan bangsa Melayu dalam ilmu perubatan Tamadun Melayu.
Kalau dilihat dari sudut lain pula, dalam bidang Matematik pula, diketahui bahawa terdapat juga kitab-kitab yang dikarang oleh ulamak terdahulu dalam bidang ini dan antaranya ialah:
I. Syeikh Ahmad ‘Abdul Latif al-Khatib. (Raudat al-Hussab fi a’mal al-Hisab, al
Nukhbah al-bahiyyah, al-Jawahir al-Naqiyyah)
II. Syeikh ‘Abdul Rahman Muhammad al-Fatani. (Minhaj al-Qawim pada
mengetahui hisab dan taqwim)
III. Syeikh Ahmad al-Fatani (Ilmu Hisab dan Ilmu Falak)
IV. Haji Umar Nuruddin (Miftah al-Ta’lim, al-Durr al-naqiyy fi ma’rifat arqam
al-Hindi, Syams al-Fathiyyah)
V. Syeik Tahir Jalaluddin (Pati kiraan pada menentukan waktu yang lima dengan
hal kiblat dengan logaritma)
VI. Ilmu Hitungan , Ilmu Falak, Masalah Ilmu Bumi, Hitungan gedang dan Hitungan
Kecil.
Dalam bidang astronomi pula, orang Melayu memang dikenali sebagai antara perlopor kepada cara membaca bintang dan langit. Orang Melayu adalah pelaut terkemuka, antara bangsa di dunia yang dikurniakan sixth sense dalam ilmu perlayaran.Lautan redah ketika itu senang aje diredahi oleh bangsa Melayu.
Orang Melayu memang terkenal dalam mengunakan bintang sirius yg paling terang tu sebagai pandu arah, orang melayu juga akan mendapat tahu kawasan mana dia berada dengan tengok pergerakan ombak atau air serta biasanya bila sampai ke sesuatu tempat mereka akan ambil sampel tanah lumpur dari dalam laut. Selain tu mrk jugak guna burung untuk dilepaskan apabila mahu tahu sejauh mana lagi kawasan daratan.Sbeba itu kita boleh jumpa orang Melayu sejauh di Madagascar dan Pulau Haiwaii.
Dalam ilmu alkimia, jangan terkejut sekiranya anda menemui bahawa kita menandingi bangsa Jepun. Kajian menunjukkan material besi yang digunakan dalam pembuatan keris Melayu adalah jauh lebih banyak daripada yang digunakan dalam pembuatan Katana. Anda masih boleh menonton dokumentari mengenai pembuatan keris di youtube terbitan National Geography dan saksikan bagaimana senjata ini adalah lambang ilmu sains Melayu.
2. Legasi Dalam Bidang Sains Sosial
Dalam bidang sains social, sumbangan Tamadun Melayu boleh dibanggakan.Sebagai contoh, dalam perkembangan pendidikan, perkembangan linguistik, perkembangan pelbagai ilmu yang boleh dikategorikan dalam bidang sains social.
Sebagai contoh, saya suka untuk mengambil mengenai dalam bidang pendidikan kerana pendidikan juga merupakan cabang dalam kita memperkatakan tentang bidang sains social.Kenapa saya suka memulakan tentang pendidikan?Kerana dalam menghasilkan sebuah tamadun yang hebat, kita memerlukan bangsa yang hebat dan menghasilkan bangsa yang hebat, di sini pentingnya peranan pendidikan.
Menurut catatan Ibnu Battutah ketika singgah ke sebuah kerajaan Melayu, iaitu Pasai pada abad ke-14 mendapati bahawa Istana Pasai menjadi pusat peradaban ILMU ISLAM yang terhebat pada zaman itu. Para ulamak akan singgah di nusantara untuk mempelajari mengenai ilmu Islam. Dikatakan hampir setiap hari, istana Pasai dikunjungi oleh ramai orang bijak pandai dari seluruh dunia.
Kalau kita lihat pada jiran Pasai, iaitu Melaka, yang turut seperti Pasai menjadi pusat penyebaran Ilmu pada seluruh Nusantara dan dunia Islam.Melaka, dicari oleh para ulamak untuk mempelajari segala ilmu.Dalam masa yang sama, antara university terawal dalam dunia Islam iaitu Universiti Baitulrahman di Acheh. Untuk pengetahuan saudara Saiful, Universiti Baitulrahman yang sangat terkenal dalam Tamadun Melayu telah menawarkan lebih daripada 13 fakulti untuk penuntutnya. Antara fakulti yang ditawarkan ialah Fakulti Undang-Undang, Fakulti Akauntasi, Fakulti Perubatan, Fakulti Kimia, Fakulti Perlombongan, Fakutlti Ilmu Peperangan, Fakulti Matametik, bahkan ketika abad ke-17, seorang pengembara Perancis mengatakan tiada seorang pun yang tidak buta huruf di Acheh dan setiap orang Melayu Acheh, akan memahami lebih daripada 2 bahasa.
Tetapi… Melaka dan Pasai bukanlah permulaan keterbukaan tamadun Melayu pada apa yang bernama Ilmu. Izinkan saya membawa kalian ke era yang lebih awal daripada itu, iaitu Empayar Melayu Srivijaya.
Saudara kalau benar-benar mengkaji sejarah Melayu (dari gaya seperti laksana seorang professor), saya pasti yang saudara mengenali individu yang bernama I-Ching, kerana kita mengenali Srivijaya daripada I-Ching.
Menurut I-Ching, untuk menyambungkan pengajian dalam agama Buddha di India, setiap sami adalah wajib untuk singgah di Srivijaya yang menjadi pusat pengajian agama Buddha di dunia. Diceritakan bagaimana Maharaja Srivijaya, iaitu pemerintah Srivijaya yang digelar Balaputradeva telah membiaya pembinaan sebuah kuil di Nalanda serta 5 buah perkampungan disekitarnya bagi memastikan pembinaan tersebut berjalan lancar.
Dicatatkan juga oleh I-Ching bahawa ilmu pendeta-pendeta di Srivijaya sangatlah tinggi dan sami-sami China harus belajar di Srivijaya dna mendalami dengan mereka, Bahkan pernah dicatatkan dalam rekod China kasta sami-sami itu rendah, maka mereka harus sujud pada kaki dan minum air kaki maharaja Srivijaya yang memang diketahui berkasta Brahmin yang juga diketahui merupakan kasta orang Melayu di semenanjung.
Bahkan, Atisa, pengasas Dipankara Shrijnana merupakan salah seorang daripada guru yang amat dihormati dan tokoh yang paling dikenali didalam agama Buddha Mahayana adalah anak murid kepada pendeta-pendeta Srivijaya dan Atisa terpaksa mempelajari bahasa Melayu yang menjadi bahasa Ilmu ketika itu, dan tinggal di Srivijaya selama 12 tahun. Srivijaya dikenali oleh para pengkaji sebagai UNIVERSITI KEDUA DALAM PENGAJIAN AGAMA BUDDHA selepas UNIVERSITI NALANDA.
Bagaimana ketika zaman bangsa Melayu mengganut agama Buddha, empayar mereka menjadi kiblat kepada AGAMA BUDDHA, dan selepas memeluk Islam, maka mereka pula menjadi kiblat kedua kepada aktiviti menuntut ilmu selepas empayar Islam di barat?
Mengenai isu ekonomi, orang Melayu juga tidak kurang hebatnya.Bagaimana cekapnya raja-raja Melayu menguruskan ekonomi negara mereka sehinggakan diceritakan mengenai kekayaannya begitu hebat.Saya mahu ajak anda berfikir, sumbangan atau legasi bangsa Melayu dalam bidang ekonomi. Andai orang Melayu tidak tahu menahu mengenai ekonomi, masakan boleh muncul kenyataan seperti berikut:
“Malacca is such importance and profit, that is has no equal in the world. It is a city state made for merchandise, fitter than any other in the world..” – Tom Pires.
“Malacca is the richest seaport with the greatest number of wholesale merchants and abundance of shipping that can be found in the whole world..” – Duarte Barbosa
Bahkan Melaka dikatakan merupakan Venice di Timur kerana kekayaan Empayar Melaka ketika itu dikatakan sama taraf dengan Venice atau lebih kaya lagi daripada Venice. Catatan merekodkan kapal portugis Flor De La Mar membawa harta kekayaan Melaka termasuk 200 peti batu permata, berpeti-peti wang emas, barang kemas raja, mahkota emas, singgahsana emas, patung singa emas, keris-keris dan senjata emas, meja makan permaisuri betatah emas permata, buku-buku Melayu dan sebagainya. Disebut oleh Alburqueque kekayaan Melaka sebagai the richest treasure ever seen on earth.Tak percaya?
Sebuah laman web British telah memaparkan antara 10 kekayaan atau harta karun yang hilang dalam sejarah dunia. Tahukah anda bahawa kekayaan yang dicuri oleh Portugis dan diangkut ke dalam kapal Flor De La Mar DARIPADA KESULTANAN MELAYU MELAKA ketika itu mencecah $2.6 Billion + (54,431kg of Gold x $49,000 per Kg) dan dikatakan bahawa ianya merupakan harta karun yang paling mahal dalam sejarah yang masih belum ditemui? Tapi sayangnya antara yang turut diangkut adalah harta sejarah bangsa Melayu itu sendiri iaitu manuskri-manuskrip Melaka.Bagaimana semua kekayaan ini dikaut andai tanpa pengurusan ekonomi yang mantap dalam menguruskan sebuah empayar yang hebat?
3. Legasi Kejuruteraan Yang Hebat
Candi Borubudur, bila mana kita bercakap mengenai sebuah binaan hebat yang terletak di Pulau Jawa itu, seberapa banyak ORANG MELAYU kita mengenali dan mengetahui bahawa binaan hebat itu adalah milik orang Melayu? Seberapa banyak orang Melayu yang tahu tentang BINAAN YANG PERNAH MENJADI TUJUH KEAJAIBAN DUNIA ini?
Sebelum kita bercakap mengenai Borubudur, izinkan saya untuk menceritakan mengenai Dinasti Sailendra, iaitu dinasti yang berada di bawah naungan dan kawalan Srivijaya yang memerintah Pulau Jawa.Dinasti Sailendra yang memerintah Pulau Jawalah inilah yang bertanggungjawab di atas pembinaan sebuah monument hebat milik orang Melayu.Dinasti Sailendra ini adalah campuran Melayu yang datang daripada kerajaan Funan di Indochina berserta dengan Melayu Sumatera, yang merupakan pembina empayar agung Srivijaya yang bersatu melalui perkahwinan.
Borubudur, kalau diperhatikan oleh kita semua sebenarnya membentuk seperti pyramid.Orang Melayu sentiasa kagum dan sangat kagum dengan pembinaan pyramid Mesir dan Maya tanpa mereka sedikipun mengetahui bahawa BANGSAKU DULU PERNAH JUGA MEMBINA PIRAMID MEREKA TERSENDIRI.Dibina oleh seorang arkitek Melayu bernama Gunadharma, ianya menyimpan 1001 rahsia Melayu.
Buktinya?Lihat sahaja pada Borubudur itu sendiri. Ianya menurut para pengkaji adalah dalam kategori pyramid yang dibina berdasarkan teknologi tanggam oleh bangsa Melayu itu sendiri.
Struktur Borobudur itu juga dikatakan dalam kategori piramid apabila direka untuk membentuk gunung enam segi bujur dan mempunyai tiga tingkat.Sepanjang pembinaan Borubudur, 55, 000 meter padu batu konkrit diguanakan untuk membina Borubudur.Bahkan Borobudur juga dilengkapi oleh system aliran dan pemparitan yang sempurna di mana terdapat 100 muncung air pancut di bina pada setiap sudut dan tingkat untuk tempat aliran air. Bahkan, ketika Borobudur dibina, ia juga dibina bersama dengan Terdapat lebih 2672 arca dinding pelbagai aktiviti manusia dan haiwan dan 504 stupa loceng. Di setiap tingkat, arca-arca dipahat pada ketulan-ketulan baru tumpat dan disusun sehingga menjadi sebuah cerita dan pengajaran bagi mereka yang rajin mengkaji dan mentelaah.
Antara keistimewaan Borubudur itu yang harus diketahui oleh orang Melayu adalah pernah dicadangkan oleh para sejarawan bahawa pernah suatu masa, ianya dikelilingi oleh tasik purba yang sudah kering.
Tasik purba ini menjadi bahan perdebatan yang hangat di kalangan arkeolog pada abad ke-20; dan menimbulkan dugaan bahwa Borobudur dibangun di tepi atau bahkan di tengah danau.
Pada 1931, pakar seni ukiran Hindu Buddha, W.O.J. Nieuwenkamp, mencadangkan teori bahwa di sekitar Borobudur itu dahulunya terdapat tasik dan ianya dibangunkan di tengah-tengah tasik sebagai lambang bahawa Borubudur adalah bunga teratai yang terapung di tengah-tengah tasik. Bercerita mengenai Borubudur mengingatkan saya pada Maharaja Samaratungga.
4. Legasi Ekonomi Yang Berkembang Pesat
Saya sudah menjawab untuk soalan nombor 4 ini pada point nombor 2 dalam menceritakan .Tetapi tidak mengapa, izinkan saya menambah sedikit lagi point ini, cukulah saya memetik catatan Al-Masudi mengenai kerja GILA maharaja Srivijaya.
"...setiap pagi, kami diberitahu, perbendaharaan kerajaan dibawa, seketul jongkong emas dalam bentuk batu-bata, ke hadapan maharaja yang mana untuk dilontarkan ke sebuah tasik berdekatan istana. Ketika maharaja masih hidup, tiada siapa yang berani mengusik jongkong-jongkong emas di dalam tasik itu.Apabila maharaja mangkat, penggantinya memerintahkan semua jongkong emas di dalam tasik dikeluarkan. Selepas dikeluarkan, emas-emas tadi dikira dan ditimbang, kemudiannya dibahagi-bahagikan di antara kaum kerabat diraja,para jeneral tentera,para hamba dan orang miskin. Bilangan jongkong emas dan beratnya dicatit ke dalam rekod istana dan prestij seseorang raja ditentukan berdasarkan jumlah jongkong emas yang mereka tinggalkan."
Kekayaan yang dicapai ini adalah tak lain tak bukan kerana kesuburan ekonomi yang di jana oleh Empayar Melayu Srivijaya.
5. Rekod Ketenteraan
Dalam isu kita memperkatakan tentang ketenteraan, adabaiknya kita bercerita mengenai bagaimana empayar Srivijaya itu diluaskan. Kerana daripada sini, kita akan dapat mengetahui bagaimana dan meghayati detik satu masa di mana orang Melayu menjadi bangsa penakluk.
Dalam Prasasti Kedukan Bukit, dicatatkan bahawa permulaan kepada empayar Srivijaya adalah di mana Dapunta Hyang, pengasas Empayar Melayu Sivijaya membawa 20 000 orang askar daripada sebuah tempat misteri bernama Minanga.Apabila Palembang berjaya ditawan oleh Dapunta Hyang, maka permulaan kepada sebuah kerajaan yang akan menjadi SANG PENAKLUK bermula. Tidak lama selepas penubuhan Palembang, maka mulalah Palembang mendapat saingan daripada sebuah lagi kerajaan yang tidak jauh daripada Palembang.
Kerajaan Moloyu, yang memang terkenal dengan penghasilan emas yang bukan kepalang banyaknya sehingga mengganggu perkembangan pelabuhan Srivijaya di Palembang ketika itu. Maka pada 682 A.D dicatatkan oleh I-Tsing sendiri, seorang sami dari China yang tinggal di Srivijaya bahawa Moloyu mulalah ditawan oleh Srivijaya. Tidak cukup dengan itu sebenarnya apabila selepas penawanan Moloyu, sebuah kerajaan di utara Palembang, Srivijaya terus merencanakan rancangan untuk menakluk wilayah yang berdekatan dengannya.Antara yang menjadi mangsa adalah Bangka, Sunda dan Jawa.Banyak kerajaan di Pulau Jawa terpaksa tunduk pada kekuasaan Srivijaya.Pada penghujung abad ke-7, semua rekod mengenai kerajaan-kerajaan di Pulau Jawa semuanya lenyap dan digantikan dengan kekuasaan Srivijaya melalui proksinya iaitu keluarga melayu Sailendra di Pulau Jawa.
Kemudian, pada 685- 689 A.D, terdapat rekod sejarah di mana Srivijaya mula meluaskan pengaruhnya ke atas Langkasuka atau Kedah Tua.Pernah suatu masa dalam jangka masa pemerintahan Srivijaya, Kedah Tua menjadi pusat pemerintahan Srivijaya yang berpindah daripada Palembang.Tidak ketinggalan juga di mana negara kota Melayu seperti Pan-Pan dan Tambralingga yang akhirnya terpaksa tunduk di bawah kekuasaan Srivijaya pada penghujung abad ketujuh.
Kemudian, Srivijaya mula mengintai untuk menawan kerajaan-kerajaan Melayu di IndoChina. Champa, adalah sebuah lagi kerajaan Melayu yang masyur di IndoChina.Kekayaan Champa berjaya menarik perhatian pedagang China dan pada penghujung abad kelapan, terdapat rekod yang mengatakan bahawa pelabuhan-pelabuhan Srivijaya mula kurang mendapat sambutan apabila kebanyakkan pedagang mula beralih arah ke Champa yang sedang mula meningngkat naik.
Beberapa siri peperangan mula direkodkan di mana armada kapal Srivijaya mula mendarat di Pelabuhan Champa. Pada tahun 767 A.D, Bandar Tongkin bangsa Viet akhirnya berjaya ditawan oleh Srivijaya, dan seterusnya beberapa siri Bandar di IndoChina seperti Kuil Po Nagar. Kemudian, Aya Tran pula dibakar dan segala kekayaaan seperti emas dirampas oleh Srivijaya.Nha Trang (774), Phan Rang (787) antara Bandar-bandar besar yang berjaya ditundukkan oleh Srivijaya. [7]
Kemuncak ekspedisi Srivijaya apabila sebuah kota Kerajaan Khmer, Indrapura. Ada sebuah kisah yang dicatatkan Abu Zayd Hassan, seorang pengkaji sejarah MENGENAI KONFLIK MELAYU-KHMER yang harus dikenang oleh kita bangsa Melayu.
PERANG KHMER-MELAYU
Pada suatu masa dahulu, terdapat dua buah empayar yang memerintah Asia Tenggara ini. Di Indochina, sebuah kerajaan bernama Khmer sedang meningkat naik. Apabila berjaya menewaskan kerajaan-kerajaan Melayu, Mon dan kaum-kaum pribumi Indochina, raja Khmer ini mula besar kepala. [8]
Dia mengintai sebuah Empayar Melayu yang merupakan 'rulling class' di Asia Tenggara seperti Empayar Rom di Eropah, Empayar Islam di Timur Tengah.Dia mula berasa ego dengan kejayaannya.Lalu, ketika di satu majlis makan malam, Raja Khmer ini pun dengan megahnya berkata di hadapan para menterinya.
"Beta kepingin untuk melihat kepala Maharaja Srivijaya di dalam sebuah dulang."
Gempar satu istana apabila Raja Khmer berkata demikian. Para menteri sudah susah hati mendengarkan apa yang keluar dari mulut Raja Khmer itu. Mereka berkali-kali menasihati Raja Khmer itu supaya berfikir kembali dengan apa yang dikatakan olehnya.
Khmer menurut pandangan mereka belum mampu memenangi peperangan dengan Srivijaya.Namun, Raja Khmer tetap berkeras.Berita mengenai kebiadapan Raja Khmer mula hinggap di telinga Maharaja Srivijaya yang memerintah pada waktu itu.
Maka, murkalah Maharaja Srivijaya.Dipimpinnya ratusan kapal besar dan ratusan ribu tentera berserta senjata peperangan yang canggih pada waktu itu untuk menyerang Khmer.Namun, hebatnya Maharaja Srivijaya ini ialah baginda mampu memimpin pasukan tentera yang begitu besar tanpa pengetahuan Raja Khmer.
Apabila sudah dekat dengan Kerajaan Khmer, maka gegak gempitalah satu negara apabila sebuah pasukan tentera yang sangat besar sedang menghampiri Kerajaan Khmer. Askar-askar Khmer cuba melawan namun mereka bukanlah tandingan pasukan tentera Srivijaya.
Dalam masa yang singkat, Khmer kalah teruk dan Maharaja Srivijaya memimpin tentera menawan istana Khmer.Raja yang sombong itu menggeletar lututnya ketika berdepan dengan Maharaja Srivijaya.Tanpa belas kasihan, kepala raja Khmer itu dipancung oleh Maharaja Srivijaya.
Sejak hari itu, segala urusan dalaman Kerajaan Khmer dikuasai oleh Empayar Melayu Srivijaya.Lalu, berangkatlah Maharaja Srivijaya itu dengan armada askarnya kembali ke Srivijaya setelah meninggalkan proksinya dalam Istana Khmer.
Kemudian, Srivijaya mula mengintai untuk meluaskan kuasa mereka ke arah wilayah seperti Sri Lanka dan Madagascar. SRI LANKA DAN MADAGASCAR DALAM KENANGAN
Terdapat bukti di mana rekod dari Sri Lanka yang mengatakan bahawa Sri Lanka pernah ditawan dan dijajah oleh seorang raja dari Tambralingga yang mengatakan bahawa dialah keturunan Empayar Javaka.
Selepas dikaji siapakah Javaka yang diceritakan, maka para pengkaji bersetuju bahawa Javaka itu adalah nama lain yang digunakan atau dipanggil untuk menggambarkan Empayar Melayu Srivijaya.
Pada kemuncak Empayar Srivijaya, NEHRU melukis seperti dalam gambar (Link: disini ). Empayar Melayu seperti mana di dalam gambar tersebut merangkumi daripada Nusantara sheingga ke Selatan Taiwan dan Filipina.
Bahkan ketika zaman kemuncak Srivijaya juga, pelayar-pelayar Melayu daripada Srivijaya berlepas sampai ke Madagasacar, mengharungi laut yang umpama mainan bangsa kita sahaja ketika waktu itu.
Menurut pendapat pengkaji, Madagascar juga pernah menjadi sebahagian daripada wilayah jajahan Empayar Melayu Srivijaya.1200 tahun yang lepas, terdapat rekod di mana Empayar Srivijaya meluaskan penggaruhnya kira-kira 8000 Kilometers ke arah barat empayar mereka. Dikatakan empayar Srivijaya adalah seluas 2.7 Juta Persegi, sama luas dengan Dinasti Qin, Empayar Bactria, dan juga lebih luas daripada Kesultanan Mamluk, dan juga Empayar Rom Barat.

Salam. Tuan, blog tuan sy pautkan di blog sy dlm ruangan blog sejarah dn agama. blog sy http://revolusifikiran.blogspot.com klu sudi boleh ler pautkan blog sy dlm blog tuan. tkasih.
ReplyDelete