Sejarah Khalifah
![]() |
gambar hiasan |
Adapun sejarah khalifah bermula apabila Allah azzawajalla menyatakan akan menjadikan khalifah di muka bumi.Para malaikat kemudiannya berkata adakah akan dijadikan khalifah dari orang yg akan membuat banyak kerosakkan dimuka bumi ,sedang para malaikat bertahmid dan nuqaddis kepada Allah swt?
Malaikatpun sudah mengerti bani Adam as akan banyak membuat kerosakkan dan menumpahkan darah,walaupun nabi Adam(khalifah) masih belum dijadikan .
Sebelum nabi Adam as dijadikan ,Dunia ini ada pelbagai makhluk makluk selain dari makluk kaum Jin yang hidup melata , bertaburan ,didarat ,dilaut,didalam tanah ataupun di udara,termasuklah yang berada di alam Ghaib.Makhluk-makhluk itu dicipta dan dihadirkan/diberikan mizan dan perundangan untuk kesinambungan .
Perundangan atau mizan yg pelbagai dan berbeza dikenakan keatas semua makhluk,maka kita boleh panggil sistem/perundangan alam ciptaan Allah swt itu, secara ringkasnya "nature'(semulajadi). Perundangan khas untuk makhluk didalam laut berbeza dengan perundangan khas yang didarat atau yg didalam tanah (syariat yg berbeza).Dalam semua makhluk tersebut itu tiada yang dikira zalim walaupun membunuh,sebab itu tiada pengadilan akhirat untuk mereka.Sehinggalah makhluk dari kaum jin dan manusia akan ada pengadilan diakhirat
Kaum jin lebih dahulu mendiami bumi sebelum bani Adam as dan mereka juga banyak berbuat kerosakkan dan juga mereka pernah diperangi.Disitulah bermula politik ,bermula dengan puak-puak dari bangsa jin tersebut.
Adapun dikalangan haiwan bukanlah dinamakan politik,tapi hidup para haiwan adalah mengikut perundangan Allah swt , yang tiada penderhakaan .Contoh ,seekor singa Jantan akan mempertahankan kawasan bila ada singa Jantan lain cuba menguasai dan menceroboh kawasannya, maka perebutan /pergelutan mungkin berlaku tapi pihak yang tewas tidak akan dibunuh dibiarkan pergi,itu adalah adil bagi kerajaan haiwan ,walau ada tumpah darah........kerana kekuatan diperlukan untuk survival.
Apabila kita sebut khalifah,ia adalah suatu cara kehidupan,menguruskan masyarakat mengikut syariat Allah swt. Bermula khalifah adalah setelah nabi Adam as diturunkan kebumi bersama ahlinya (hawa).
Bermulanya sejarah khalifah manusia adalah dengan seorang nabi ,seorang isteri...kemudiannya sebuah keluargan dan seterusnya keluarga yang besar.
Politik sudah pun lama wujud dikalangan makluk Jin sebelum nabi Adam as diciptakan.Didalam khalifah yg pertama tiada politik tapi dinamakan siasah Nubuwwah Iaitu semua urusan kemasyarakatan dan individu berpandukan ajaran nabi dan tiada perebutan jawatan khalifah selama beribu tahun.
Politik diperkenalkan kepada nabi Adam as oleh Azazil ,bila Azazil terasa cita-cita nya untuk menjadi dirinya khalifah dibumi tidak kesampaian ,maka dia membuat plot ( tipu daya ) untuk jatuhkan nabi Adam as .Azazil mengambil isu buah khuldi ,dan memberikan / menyaluti ucapan ucapan atau janji janji manis kepada nabi Adam as, sehingga nabi Adam mengambil buah khuldi tersebut.
UJUB ITU DATANG DENGAN DIAM-DIAM. TANPA KITA SEDARI
UJUB berbeza dengan RIYA' , Kadangkala RIYA dapat dihindari, tapi UJUB masih ada.
Contohnya: Kita sholat tahajjud diam-diam . Tiada yang tahu dan tidak kita ceritakan pada orang lain, dengan harapan agar tidak RIYA'.
Cara mudah hilangkan RIYA'..
Amalan wajib/fardhu dizahirkan tidak sembunyi sembunyi.....syiar islam
1.Bersyahadah 2 kalimah nyatakan terang terangan,nyatakan keIslaman kita juga untuk syiarnya.
2.solatlah berjemaah terang terangan dan azan terlebih dahulu,beramaikan jemaah,jangan bersembunyi juga untuk syiar juga.
3.Puasa bulan Ramadhan dengan nyata / jelas janganlah disembunyikan puasa Ramadhan kita, juga utk syiar Islam.Puasa sunat takperlu dihebah,buat sendiri dengan diam diam kecuali bila dijemput makan dan seumpamanya,untuk merasa hampir dengan Rasulullah saw dan takwa.
4.Kalau berzakat ,nyatakanlah bahawa itu adalah wang zakat,supaya tidak dipuji sebagai sedekah,tapi dikira kewajipan juga untuk syiar.
5.Kalau dah naik haji nyatakan ,atau boleh letakkan haji bersama nama........supaya tidak perlu dibuat badal haji,juga untuk syiar.
Amalan sunnat di sembunyikan dan berahsia kira dengan Allah swt.
1.Tahmid,tasbih,tahlil,takbir yg sunnat sembunyikan untuk menikmati.
Amalan Tasauf sesuai untuk mereka yang tinggi IQ nya ,untuk menjadi ulamak Tasauf.Seperti seorang pelajar yang ingin menjadi professor, hanya segintir dari mereka yang lulus .Untuk mereka yg biasa biasa sahaja ada kaedah lain yg lebih mudah.Contohnya untuk menjadi peniaga yg berjaya,tidak perlu belajar tinggi tinggi ataupun yang tiada kelulusan SPM pun boleh menjana pendapatan puluhan ribu sebulan.
Bagaimanapun siapa yang berminat dengan Tasauf dan berbakat boleh teruskan dan boleh sebarkan segala makrifat yg ada kpd muslim muslim yang lain.Ada yang berminat menjadi ulamak Fiqah ,ada yg cenderung kepada ulamak Tafsir dn ada yg berminat jadi ulamak Akidah dan yang berminat menjadi Muhadis ataupun ulamak Tasauf.Semua bidang dialu alukan untuk dipelajari dan dikembangkan.
Asalnya semua bidang tersebut itu ranting ranting dari sebatang pohonTauhid peninggalan Rasulullah saw.
Cuba fikirkan UJUB dan RIYA' hanyalah was was yang diperkenalkan oleh syaitan untuk jatuhkan kita, sepertimana Azazil menanam was was kepada nabi Adam as ( political move/strategy) dalam isu buah khuldi.
Azazil dari bangsa jin sudah lama menyimpan cita-cita utk menjadi khalifah dan cita cita politiknya yang tidak tercapai melahirkan dendam dan penderhakaan kepada Allah swt , enggan tunduk(sujud) kepada nabi Adam as bila diperintah kerana merasa diri lebih sempurna,lebih layak dari nabi adam as untuk polisi sebagai Khalifah.
Sifat merasa diri lebih baik,lebih pandai,lebih efisien ,lebih layak adalah dari perangai Azazil yg banyak diamalkan /diterima pakai oleh pihak pembangkang dalam sesebuah kerajaan,cara sesuatu isu di mainkan untuk menjatuhkan pihak lawan sama seperti cara Azazil gunakan utk jatuhkan nabi adam a.s.
Diantara siasah nubuwwah dgn politik itu ada yg samar samar , yang harus dan yg makruh, seperti mana antara halal dan haram itu ada yang samar samar. Seperti mana juga antara lelaki dan perempuan itu ada yang samar samar.Untuk was was kita tinggalkan yang samar samar adalah lebih selamat.
Antara ajaran Ambia dgn bisikan syaitan itu ada yg jelas kepada sebahagian orang,ada yg samar samar kepada sebahgian orang,untuk melihat lebih jelas perbezaan antara khalifah / siasah nubuwwah (berasaskan wahyu dan bimbingan dari Allah swt ) dan politik olahan manusia/syaitan kita perlu buat perbandingan.
Siasah nubuwwah /khalifah diajar & diamalkan oleh para ambia,mukmin & muslim sahaja. Sedangkan politik diamalkan juga oleh muslim, ahlikitab, pagan, orang asli ,penyembah berhala, kafir, atheis, kaum LGBT, jin dan Azazil sendiri.Kita perlu ingat makhluk yang bernama Azazil tidak akan padam cita cita politiknya dan dendamnya kepada bani adam sampai hari kiamat.Justeru itu azazil tidak berhenti mencipta dan membisikkan isu isu kepada benak manusia supaya saling membinasakan.
'ISU' hanyalah satu senjata politik untuk dimanipulasi untuk menjatuhkan dan mengaibkan pihak lawan.
Antara bisikkan Azazil kepada bani Adam yang awal ialah berkenaan isu cinta yg membuatkan Habil dibunuh Qabil.
Masih belum ada isu politik yg jelas disini.
Kemudian bisikkan yang menjadikan bani Adam terpecah kepada dua puak, satu yang kekal dengan khalifah selepas wafatnya nabi Adam as dan satu puak lagi yang dipimpin oleh Qabil menuju ke tanah rendah.
Tapi masih belum ada isu nak tumbangkan khalifah.
Sehingga Allah swt perintahkan nabi Idris as untuk memerangi puak yang engkar.Setelah nabi Idris as naik ke langit manusia mula hanyut ,sehingga diutuskan Rasul yang pertama iaitu nabi Nuh as untuk memperbaiki iman ,amalan manusia. Sehingga Allah swt bersihkan dunia dari manusia kufur manusia kembali kepada fitrah Khalifah.Semua ambia mengajarkan Tauhid (monotheism) sebagai lawan kepada polytheism.
Monotheism vs polytheism ataupun untuk vocabulary org yg x beriman ,Monotic vs polytic.
Poly itu maknanya banyak, Tik itu fokus.
Politik itu banyak fokus,confusing, banyak pihak,banyak kaum,banyak parti,banyak nasional dan pelbagai.Pengikut tidak mampu fokus,bercelaru.Sedangkan monotheism itu fokus kod satu tuhan dan Monotic fokus kpd satu kerajaan. Allah swt ciptakan kita utk menjadi khalifah,hanya dengan ajaran tauhid(monotheism) boleh terbentuk khalifah.
Setiap kali manusia hanyut ,Allah swt hantarkan Rasul untuk mengembalikan nanusia kepada jalan Allah swt. Bagi ahli politik dari kalangan orang yang tidak beriman (kufar) para ambia itu hanyalah ahli politik macam mereka yang kini nya membawa janji janj palsu,berita berita palsu dan cerita cerita akhirat yg direka utk meraih sokongan , sepertimana mereka membuat janji janji palsu,isu isu bohong cerita yg diada adakan,berita yang separa benar dan dimanipulasi untuk kepentingan diri.Mereka itu hanya ada sebelah mata ,mata dunia,vocabulary pun tentang dunia sahaja tiada merujuk akhirat ,alam kubur ,syurga neraka sedikitpun, tiada lain ini adalah ajaran syaitan .
Wahyu vs bisikkan syaitan.
Ambia vs ahli poltik
Khalifah vs kerajaan batil...
Quran vs buku tulisan manusia......
Bukankah itu sangat jelas perbezaannya? Setelah ketiadaan nabi Nuh as , manusia mula diajar oleh Azazil supaya syirik.
Antara siasah nubuwwah & politik ada yg samar samar , harus & makruh.
Para ambia mengajarkan,menyampaikan khabar khabar dari Allah swt perintah perintah ,nasihat nasihat ,larangan larangan ,berita berita gembira syurga,peringatan peringatan , amaran amaran ,dan pengadilan neraka.Semuanya adalah ilmu dari Allah swt bukan hasil dari research ataupun kajian dan bukan reka reka serta bukan doktrin.Para ambia tidak akan membuat keputusan tanpa arahan atau rujukkan dari Allah swt ,mereka tidak meminta upah atau dipilih jadi Raja.
Berbeza dgn ucapan ,arahan , peringatan, amaran ,berita dan khabar yang dimanipulasi , janji janji kosong dari pemuka atau ketua ketua masyarakat , raja raja atau emperor dan ahli politik , yang tiada petunjuk, hanya untuk mencapai cita cita peribadi, menguasai rakyat untuk kemewahan dan keseronokan.
Perjuangan para ambia dari permulaan selalunya ditentang oleh orang orang yang berpengaruh dan pemuka pemuka masyarakat atau ketua ketua kaum, kerana kedatangan kebenaran akan menjejaskan ataupun mencabar pengaruh mereka.Mereka akan membuat tuduhan tuduhan palsu,kononyalah sihir,gila,majnun ,membina isu karut karut untuk di kredit para ambia.Lihat contoh kisah nabi Nuh as pembesar masyarakat kaum Nuh memandang remeh dan hina keatas pengikut Nuh sebab mereka orang orang miskin,lemah dipandang kasta paling rendah.
Tapi Allah saw binasakan mereka,lalu Allah swt zahirkan masyarakat yg semuanya islam yg diketuai nabi Nuh a s....khalifah, selama mana yg Allah kehendaki .Ketiadaan nabi Nuh as.memberi jalan kepada Azazil mula meniup / mengajarkan syirik , mulanya membina patung peringatan,kemudian dihias,seterusnya dijadikan tempat berdoa dan meminta.
Bukankah jelas Azazil yang meminjam peranan sebagai grandmaster politik dan dia akan terus menerus meniup api persengketaan dangan isu cinta kepada wanita kemudian perpecahan,kemudian syirik.Dikalangan manusia tokoh tokoh politik yg mashyur adalah Namrud, Firaun , kaligula, Genghiz khan,Stalin,Hitler ,Mao tze tong dan sebagainya.Mereka sudah di lejendakan sedangkan mereka tiada harta hanya memeras ,memaksa dan membunuh rakyat.
Mana mana Raja @ emperor, kings semuanya menindas ,mencuri hak rakyat kecuali amat sedikit yg adil. Adakah kita mahu menjadikan mereka sebagai ikutan? Dan ada muslim modern yg menyamakan @ berkata Rasulullah saw itu seorang ahli politik......nauzubillah.
Sedangkan kita tahu yg memulakan politik dalam sejarah manusia adalah Azazil , the grandmaster bukan nabi Adam as .Allah swt hanya ajarkan nama nama dalam syurga & bercakap kepda Adam a.s......kemudiannya Allah swt berikan petunjuk kpd Adam as bila dihantar kebumi.Dan Allah nyatakan makhluk dijadikan berpasang pasangan.........reality.
Pentadbiran wakil petunjuk Allah (khalifah) vs kerajaan thoghut ikutan Azazil, diantara keduanya ada yg samar samar. Antara good vs evil , Perjuangan @ pertembungan +ve vs -ve adalah yg ditentukan keatas kita manusia .Adakah kira mahu menyamakan rasulullah saw ...@ nabi Adam as ,nabi Nuh, nabi Daud as dan anaknya nabi Sulaiman as dengan Firaun, Namrud, Hitler, Mao tze ton,Genghiz khan .. Wanauzubillah.....
Memilih siasah nubuwwah adalah lebih baik.
Bismillah.....
Manusia telah diajar untuk syirik secara halus & beransur ansur setelah ketiadaan pengganti nabi Nuh a.s dan Syirik kemudian berkembang sehingga Allah swt utuskan nabi ibrahim a.s.
Apabila nabi Ibrahim as berkata kepada Namrud ,tuhan aku yg menghidup dan mematikan........dan akan tunjukkan kita bagaimana bentuk jawapan orang yg berpolitik ,twisting .... bila Namrud berkata akupun boleh menghidup dan mematikan lalu diarahkan membawa dua banduan ,satu telah dihukum mati dan satu tidak kemudiannya hukum ditukar antara keduanya.
Putarbelit adalah ciri ciri ahli politik....
Mereka yang seperti Namrud,Firaun,Hitler,Musolinu,Lenin,stalin,Mao tze tong,emperir Rome,Kaisar Parsi,Genghiz khan,termasuk kuasa2 penjajah senuanya mengambil jalan politik .
Antara siasah nubuwwah dan politik ada yg samar samar harus dan makruh, jalan politik Namrud dan Firaun itu toghut, kalau yg begini masih dianggap halal ,.....entah tak pasti nak tulis apa .?
Setelah kebenaran yang dibawa oleh nabi Ibrahim as ditolak maka Namrud cuba membunuh nabi Ibrahim as dengan mukjizat dari Allah swt yang terang, Namrud couldnt give answer ...Kemudian Namrud dgn bala tenteranya mencabar nabi Ibrahim as....dan Allah swt memalukan dan binasakan kerajaan hebat tiada tanding dengan hanya makluk Nyamuk.
Dan ingat Allah swt malukan kerajaan Rome dan Parsi dengan Tentera backward dari tanah tandus, padang pasir gersang.....yg tiada ternama,tiada tamaddun,hanya ada beberapa orang yg tahu menulis, membaca.... Tamaddun baru muncul ditanah Arab dari Allah swt,tunjuk ajar nabi,mebinasakan tamaddun oleh manusia yang korupsi.
Dan Allah tidak merasa malu utk memberi perumpamaan dari benda benda yang sekecill kecilnya atau selemah lemahnya..
Siapakah yg mengajarkan manusia menjadi korup.....??Tiada lain selain Azazil dan setan setan yang membisikkan,exploiting & manipulating nafsu,tamak,cinta kepada harta ,takut kehilangan yg ada dalam manusia.
Itulah caranya Azazil berpolitik dgn manusia.
Dia akan terus berdendam,dan akan mengilhamkan kepada manusia dengan pelbagai isu untuk memusuhi pihak yg benar, antaranya memberi pendapat / bisikkan kepada ahli agama supaya menukar perkataan dalam kitab @ menukar terjemahan @ putarbelir tafsiran.......dan akhirnya menukar hukum,mengharamkan yang halal serta menghalalkan yg haram.
Menghalakan riba dengan perbankan Islam ,mudah sebab manusia sejagat adalah penyokong kuat sistem monetary aturan dunia baru.
Menghalalkan politik dengan politik Islam.........mudah sebab manusia sejagat…
[20:42, 13/06/2021] Bersambung .
Dari panel Abe Joe.
Comments
Post a Comment