KAPAL GELIUNG MELAYU
Galleons adalah kapal-kapal perang besar yang mempunyai tingkat-tingkat dan aras-aras yang berlainan didalam badan kapal tersebut. Ini menyebabkan ia mempunyai bentuk yang sangat besar dan sesuai untuk digunakan bagi membawa muatan, tentera dan apa sahaja kenderaan perang mengikut kandungan kuantiti yang banyak.
Rentasan sebuah Galleon
Pada sekitar tahun 1580an, hanya beberapa buah negara sahaja di Eropah yang mempunyai kemampuan dan kepakaran untuk membina Galleons, seperti Turki, Portugal, Sepanyol dan England. Belanda hanya mula membina Galleons pada sekitar tahun 1590an atau 1600an. Perancis lansung tidak mempunyai armada laut sehinggalah kurun ke 17. Galleon pertama mereka hanya dibeli pada 1620an daripada Belanda. Hanya Aceh dan Johor sahaja negara bangsa bukan eropah yang menjadi pengeluar Galleons pada sekitar 1580an hingga 1600an.
Setelah membuat sedikit rujukan-rujukan mengenai Galleon-Galleon melayu ini, saya mendapati ianya adalah sejenis kapal perang besar yang dipanggil Kura-kura (cora-cora) yang kadang-kadang memerlukan sehingga 90 orang pendayung. Kapal Kura-Kura ini banyak digunakan di Maluku. Pihak Belanda memanggilnya Kapal Perang Ambon. Pada awal kurun ke 16, kapal Kura-Kura ini sangat digeruni oleh pelayar eropah setelah berlakunya tersebar.
FB : Kisah Sejarah Melayu
Sumber: Antiq Sufi Pagaruyung
Casino Del Sol, LA - MJH Hub
ReplyDeleteWith 전라북도 출장안마 the opening 충청북도 출장안마 of the 경주 출장안마 Casino Del Sol, it was no 속초 출장마사지 surprise that Casino Del Sol, formerly known as Casino Del Sol, is 인천광역 출장샵 located on the banks of the lake in