Skip to main content

Posts

Sejarah yang hilang

   Ramai yang beranggapan sejarah Malaysia adalah seperti yang tercatat di buku-buku teks sekolah. jika kita teliti kembali perjalanan sejarah Malaysia, seperti terdapat banyak lompong-lompong dalamnya. Kita sedia maklum akan sejarah semenanjung Malaysia banyak berkisarkan era kesultanan Melayu Melaka bermula dari Parameswara (1400 masihi) hingga ke era pasca moden Malaysia. Apa yang menjadi tanda tanya adalah ke mana hilangnya sejarah sebelum itu? kita tahu Langkasuka , Gangga Negara , Lembah Bujang , dan Chi Tu tapi semua ini diketepikan oleh kerana asal kerajaan yang bukan beragama Islam (pendapat penulis).  Dalam portal dibawah kementerian penerangan, sejarah ringkas malaysia bermula dari era kesultanan Melayu Melaka. Dengan berlandaskan slogan 'tepat dan bermaklumat' adalah tidak wajar untuk tidak memasukkan serba sedikit sejarah lampau Malaysia. Aktiviti pencarian sejarah lampau Malaysia memerlukan ekskavasi secara meluas dan semesti nye melibatkan...

ASAL USUL NAMA KEDAH, LAMBANG KEDAH DAN LAMBANG NUSANTARA

Menurut sumber maklumat yang diwasiatkan oleh Yang Teramat Mulia Penghulu Tajar Kedah Tuanku Nai Long Mahmud cucu Maharaja Melayu Sultan Jaafar Muadzam Shah, makna Kedah dalam bahasa Melayu Siam ialah berasal dari perkataan KEDAT yang bermaksud Kertas atau Watikah. Dalam bahasa Thai pula menyebut Kradat. Watikah ini ialah satu amanat yang dibawa oleh Merong Mahawangsa ke Nusantara. Setelah Maharaja Empayar Islam China Dinasti Tang Maharaja Sai Tee Song pada tahun 650M memeluk Islam, baginda telah mengarahkan cucunya Sultan Muzaffar Shah Merong Mahawangsa membuka kerajaan di Nusantara. Dalam penulisan sekarang kononnya Kedah berasal daripada perkataan Mangkuk Padi. Cuba anda semua lihat dengan teliti rajah dibawah ini; Cubaan kerajaan British untuk menukar nama Kedah (Watikah) kepada Kedah Mangkuk Padi bermula pada zaman Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwaz bin al-Adilin Muadzam Shah lagi sepertimana mereka menukar nama Bandar Hilir Kota Portugis kepada nama M...

Mengapa 10 Kotak Tulang Rangka Orang Purba Kita Di Bawa Ke London Tahun 50-an Dan Disimpan di University Of Cambridge?

Tajuk : Mengapa 10 Kotak Tulang Rangka Orang Purba Kita Di Bawa Ke London Tahun 50-an Dan Disimpan di University Of Cambridge? Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta. Artikel yang ingin saya tulis kali ini adalah berkaitan dengan negeri kelahiran saya iaitu Kelantan atau sebuah negeri yang dulunya pernah diberikan nama Kalathana atau Medang Gana. Negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga (Valley of Flower Garden Land) juga adalah nama sebutannya.Nama Negeri Kelantan Serambi Mekah juga adalah sangat popular dan menjadi sebutan dizaman Tok Kenali. Mari kita jejaki sedikit catatan lama sejarah berkaitan dengan nama negeri ini.Berikut adalah beberapa catatan yang saya ambil dari artikel-artikel saya yang terdahulu: [1. Berdasarkan catatan Claudius Ptolemy, ahli bumi dan ilmu falak berkebangsaan Yunani, dalam bukunya Geography of Eastern Asia yang ditulis pada abad ke-2 M, disebutkan nama tiga buah tempat, yaitu “Kole Polis”, “Primula”, dan “Tharra” yang terletak di pantai timur Semenan...
PIRAMID BERASAL DARI NUSANTARA? Salam. Sebelum saya meneruskan topik diatas saya ingin menyampaikan kekesalan saya terhadap beberapa pihak terutama Kerajaan, Universiti-Universiti tempatan, ahli-ahli sejarah dan yang penting ahli-ahli arkeologi di Malaysia. Apakah yang dilakukan oleh ahli-ahli arkeologi di Malaysia? Mengapa perkembangan kajian mereka begitu lembab berbanding dengan rakan se bidang mereka di negara- negara jiran? Saya pernah bertanya soalan ini dengan Professor saya dahulu, beliau menjawab bahawa ini semua kerana kurangnya support dari kerajaan. Sampai bila mereka hendak duduk menggali di tempat yang sama? Balik-balik lembah Bujang sahaja yang digali cari sedangkan banyak lagi tapak-tapak lain yang tidak kurang hebatnya ada di seluruh hutan belantara Negara ini. Jika mereka masih berada di bawah tempurung dan sentiasa mengharapkan bantuan kerajaan dalam segala hal saya rasa rahsia-rahsia besar ketamadunan Melayu ...
The Great Malay City States Kekayaan Malay city states hasil manfaat Selat Melaka Beberapa catatan pengembara Eropah mengenai Melaka: “Malacca is such importance and profit, that is has no equal in the world . It is a city state made for merchandise, fitter than any other in the world ..” – Tom Pires. “Melaka adalah satu kepentingan dan tempat mencipta keuntungan yang tidak ada tempat yang sama dengannya di dunia . Ia adalah sebuah negara kota yang dibangunkan untuk perdagangan, lebih maju berbanding tempat-tempat lain di dunia .. " - Tom Pires. --- “Malacca is the richest seaport with the greatest number of wholesale merchants and abundance of shipping that can be found in the whole world ..” – Duarte Barbosa. “Melaka adalah pelabuhan terkaya dengan bilangan peniaga borong paling banyak dan tempat persinggahan perkapalan yang datang dari serata dunia ..” - Duarte Barbosa. --- M elaka sudah lama menjadi sebutan di seluruh ...